Skuad kendalian Sean Dyche berkunjung ke Anfield untuk bertemu Liverpool dalam aksi saingan premier league.
Liverpool sebelum ini mencatatkan keputusan seri bertemu Manchester United di halaman mereka sendiri, dan kerana sekadar mengutip satu mata, mereka turun ke tangga keempat dalam saingan liga.
Selain dari memiliki rekod yang cemerlang di bumi Anfield, Liverpool pastinya turun dalam perlawanan ini dengan tekad untuk mendapatkan tiga mata penuh dan kembali beri saingan untuk mempertahankan kejuaraan saingan liga yang mereka menangi musim lalu.
🏡 This was Liverpool’s first defeat in 68 #PL matches at Anfield (W55 D13) since April 2017, three years and 273 days ago
It was the second-longest unbeaten home run in English top-flight history, after Chelsea’s 86 games ending in October 2008#LIVBUR pic.twitter.com/tguItroBpA
— Premier League (@premierleague) January 21, 2021
Lima minit pertama permainan, the reds memiliki banyak kesempatan untuk memperoleh jaringan awal, namun jentera serangan Liverpool dilihat sangat huru-hara.
Origi seperti dirasuk setan dengan beberapa kali merembat bola melepasi gawang gol dan membuat cubaan yang aneh-aneh.
Pada minit ke-15, Burnley berpeluang untuk mengejutkan pasukan tuan rumah selepas Ashley Barnes berjaya mendapatkan bola tangkapan lemah dari Alisson Becker.
Sayangnya rembatan beliau berjaya dihadang oleh Fahinho untuk memastikan gawang Liverpool masih selamat dan tidak dibolosi.
Trent Alexander-Arnold's crosses for Liverpool vs. Burnley:
◎ 1/21 in total
◎ 0/18 from open playA night to forget. pic.twitter.com/fCgDOy8PEw
— Squawka Football (@Squawka) January 21, 2021
Liverpool kemudiannya menguji gawang gol Burnley dengan cubaan dari luar kotak penalti menerusi Shaqiri dan Oxlade Chamberlain, namun masih gagal untuk mendapatkan gol yang dicari.
Origi beberapa kali mendapat peluang keemasan untuk menjaringkan gol namun beliau lebih memilih untuk menjadi dungu dan buta kayu sampai gawang gol dekat mana pon dia tak jumpa.
Peluang demi peluang yang terhidang tiada satu pon yang berjaya dimanfaatkan oleh pemain Liverpool dan aksi babak pertama berakhir dengan keputusan terikat tanpa jaringan.
Masuk babak kedua permainan, masih tiada tambahan jaringan yang berjaya dihasilkan oleh kedua-dua pasukan dengan jentera serangan Liverpool seolah-olah sudah lupa cara untuk menjaringkan gol.
Sadio Mané created nine chances for Liverpool against Burnley, the most any Reds player has created in a single Premier League game across the five seasons.
He can't do it all on his own. pic.twitter.com/CFKFWlbPTm
— Squawka Football (@Squawka) January 21, 2021
Pada minit ke-81, Burnley dihadiahkan sepakan penalti oleh pengadil perlawanan kerana mendakwa Alisson Becker dengan sengaja mengasari Barnes dalam kotak penalti mereka.
Barnes dengan tenang dan bersahaja menyempurnakan sepakan penalti tersebut untuk Burnley mendahului permainan 0-1.
Liverpool masih lagi mencuba untuk menjaringkan gol penyamaan namun usaha mereka sia-sia.
Pengadil perlawanan membunyikan wisel penamat, menandakan Liverpool tewas 0-1 kepada Burnley dan mereka hilang tiga mata berharga dihalaman sendiri.
Kekalahan ini merupakan kekalahan pertama Liverpool dalam saingan liga sejak dari April 2017.
Dalam lima perlawanan terakhir liga, Liverpool gagal untuk mencipta sebarang kemenangan dengan mereka tewas dua kali dan mencatatkan tiga keputusan seri.
Liverpool have gone four league games without scoring for the first time since May 2000 😖 pic.twitter.com/5SRWH47T5l
— Goal (@goal) January 21, 2021
Apa yang lebih teruk lagi, Liverpool hanya berjaya menjaringkan satu gol sahaja dari lima perlawanan terakhir mereka dan dibolosi tiga kali.
Bermula dengan berada di puncak saingan liga, Liverpool kini berada di kedudukan keempat dalam carta dan bila-bila masa sahaja mereka boleh turun hingga ke kedudukan keenam.
LIVERPOOL (4-3-3): Alisson 6; Alexander-Arnold 6, Fabinho 5, Matip 6, Robertson 6.5; Oxlade-Chamberlain 6 (Firmino 56 mins 6), Thiago 6.5, Wijnaldum 6.5; Shaqiri 6.5 (Minamino 84), Mane 6.5, Origi 6 (Salah 56 mins 6.5)
Pemain simpanan: Milner, Jones, Tsimikas, Phillips, Kelleher, N Williams
Penjaring: Tiada
Kad kuning: Fabinho, Matip
JURGEN KLOPP: 5
EPL Highlights: Liverpool 0 – 1 Burnley
The reigning champions' 68 games unbeaten run at Anfield is over!#LIVBUR#StadiumAstro pic.twitter.com/uDW0KDtGNU
— Stadium Astro 😷 (@stadiumastro) January 22, 2021
BURNLEY (4-4-2): Pope 8; Lowton 6, Tarkowski 7, Mee 7, Taylor 6 (Pieters 49 mins) 6; Brady 6 (Gudmundsson 64 mins 6), Westwood 6.5, Brownhill 6, McNeill 6; Wood 6, Barnes 7.5
Pemain simpanan: Cork, Peacock-Farrell, Stephens, Rodriguez, Bardsley, Vydra, Long
Penjaring: Barnes 82 pen
Kad kuning: Barnes
SEAN DYCHE: 8
Pengadil: Mike Dean 6
MAN OF THE MATCH: Nick Pope