Premier League 2020/21: Liverpool 0-0 Manchester United

Manchester United berkunjung ke Anfield sebagai pendahulu saingan liga untuk bertemu Liverpool yang kini berada di kedudukan ketiga.

Perlawanan yang menemukan kedua-dua pasukan ini merupakan perlawanan yang paling dinantikan oleh para peminat bola sepak seluruh dunia.

Setan merah selain dari turun sebagai pendahulu, mereka juga datang ke Anfield dengan rekod yang cukup baik ketika beraksi dihalaman lawan.

Sementara skuad kendalian Jurgen Klopp pula pastinya akan bermain mati-matian untuk merampas semula kedudukan dalam carta liga dan mempertahankan rekod tidak pernah kalah mereka di Anfield sejak 2017.

Lima minit pertama, kedua-dua pasukan saling berbalas serangan namun tiada cubaan berbahaya yang berjaya dihasilkan.

10 minit pertama permainan, Liverpool dilihat lebih banyak mendominasi permainan namun masih tiada cubaan berbahaya yang berjaya dihasilkan oleh kedua-dua pasukan.

Pada minit ke-15, Thiago Alcantara meminta pengadil perlawanan untuk menukar bola kerana mendakwa bola tiada angin.

Minit ke-25 permainan, Harry Maguire hampir saja sedekah gol awal kepada Liverpool selepas hantaran lemahnya sampai ke kaki Mo Salah dan mujur saja kesilapan itu tidak dihukum dengan jaringan.

Minit ke-32 permainan, Manchester United dihadiahkan sepakan percuma betul-betul dihadapan kotak penalti Liverpool selepas Luke Shaw dijatuhkan oleh Shaqiri.

Bruno Fernandes mengambil sepakan percuma itu sebagai latihan untuk mengambil penalti sebentar lagi, namun sayangnya bola rembatan beliau sedikit tersasar.

Kedua-dua pasukan meneruskan baki 15 minit terakhir permainan dengan aksi serang menyerang namun tiada gol yang berjaya dihasilkan.

Tamat babak pertama permainan, kedua-dua pasukan terikat dengan keputusan seri tanpa jaringan.

Pada minit ke-59, hantaran silang dari Andrew Robertson hampir saja disudahi dengan jaringan oleh Roberto Firmino, namun, ia dihalang oleh Maguire.

Minit ke-61 permainan, Liverpool sekali lagi peroleh peluang keemasan menerusi Mo Salah namun ia turut dihalang oleh Maguire.

Manchester United akhirnya berjaya mencatatkan on target pertama mereka dalam perlawanan ini selepas Bruno Fernandes merembat bola dari luar kotak penalti.

Sayangnya bola rembatan beliau terlalu lemah dan mudah untuk ditangkap kemas oleh Alisson Becker.

 

Pada minit ke-65 permainan, Fabinho telah mengasari Cavani dan beliau dilayangkan kad kuning atas terjahan kerasnya itu.

Trent Alexander Arnold melakukan aksi dungu pada minit ke-70 dengan menanduk bola keluar memberi sepakan penjuru kepada United secara percuma.

Pada minit ke-75, setan merah hampir saja membuka tirai jaringan mereka selepas Luke Shaw berjaya menghantar bola cantik menemui Bruno Fernandes dalam kotak penalti Liverpool.

Sayangnya, cubaan Bruno Fernandes berjaya diselamatkan oleh Allison dan keputusan perlawanan masih terikat tanpa jaringan.

Pada minit ke-77 permainan, Thiago Alcantara hampir saja menjaringkan gol untuk Liverpool selepas beliau melepaskan rembatan padu dari luar kotak penalti United, namun rembatan beliau diselamatkan oleh De Gea.

Manchester United dengan tiba-tiba bermain lebih aggresif dengan melancarkan beberapa siri serangan ke kubu Liverpool.

Pada minit ke-82, Manchester United sekali lagi berpeluang untuk membuka tirai jaringan, namun cubaan berbahaya dari Pogba diselamatkan dengan begitu cantik oleh Alisson.

Pengadil perlawanan meniup wisel penamat menandakan berakhirnya perlawanan yang dinanti-nantikan oleh para peminat, sayangnya perlawanan ini agak membosankan dan berakhir dengan keputusan seri 0-0.

Manchester United masih gayat di puncak saingan liga manakala, Liverpool pula semakin hilang dari kedudukan sebagai pencabar kejuaraan.

Liverpool XI: Alisson, Alexander-Arnold, Fabinho, Henderson, Robertson, Wijnaldum (Milner 89′), Thiago, Shaqiri (Jones 76′), Firmino (Origi 85′), Mane, Salah.

Pemain simpanan: Kelleher, Oxlade-Chamberlain, Minamino, R Williams, Phillips, N Williams.

Manchester United XI: De Gea, Wan-Bissaka, Lindelof, Maguire, Shaw, McTominay, Fred, Rashford, Fernandes (Greenwood 89′), Pogba, Martial (Cavani 62′).

Pemain simpanan: Henderson, Bailly, Mata, Alex Telles, Matic, van de Beek, Tuanzebe.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.