Pasukan handalan dunia yang tidak pernah kalah di tempat lawan dalam saingan liga, Manchester United berkunjung ke Craven Cottage untuk bertemu dengan Fulham.
Skuad kendalian Ole Gunnar Solskjaer sememangnya memiliki rekod yang cukup baik ketika beraksi di halaman lawan.
Selepas dipintas oleh Leicester City dan The Citizens, setan merah tidak boleh keciciran mata dalam perlawanan ini untuk memastikan mereka kembali ke puncak saingan liga.
He's just getting started 🔥
A milestone appearance for @B_Fernandes8 👏
🔴 #MUFC
#⃣ #FULMUN
🏆 #PL pic.twitter.com/3Ggd8MHgOE— Manchester United (@ManUtd) January 20, 2021
Manchester United sebelum ini mencatatkan keputusan seri ketika bertemu Liverpool di bumi Anfield, dan kerana gagal mengutip tiga mata penuh di sana, mereka telah dipintas oleh Leicester City.
Manchester United dikejutkan dengan jaringan awal dari Fulham pada minit ke-5 permainan menerusi Ademola Lookman yang bijak melepasi perangkap offside sebelum melepaskan rembatan padu menewaskan De Gea.
Beliau ketika itu berada sebaris dengan barisan pertahanan United sebelum menerima bola hantaran kemas dari Andre Zambo Anguissa dan tenang membawa bola masuk ke dalam kotak penalti United.
Setan merah cuba membantah jaringan tersebut kerana mendakwa Lookman berada dalam kedudukan offside, namun VAR memutuskan untuk mengira gol tersebut.
Ademola Lookman has been involved in more Premier League goals than any other Fulham player this season (6).
◎ 3 assists
◉ 3 goalsHis first goal at Craven Cottage. pic.twitter.com/mKUvjcNNRN
— Squawka Football (@Squawka) January 20, 2021
Manchester United berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-21 menerusi Edinson Cavani yang bijak mencuri bola muntah Areola di dalam kotak penalti.
Fred bijak melorongkan bola kepada Bruno Fernandes yang kemudian membuat hantaran silang ke dalam kotak penalti mencari Edinson Cavani.
Sayangnya bola hantaran beliau tepat menemui penjaga gol Fulham dan mujurnya Areola gagal menangkap kemas bola tersebut lalu ia singgah ke kaki Cavani yang terus menolak masuk bola menerjah jaring gawang gol.
Setan merah kemudiannya berjaya memiliki beberapa peluang keemasan untuk menjaringkan gol dari Bruno Fernandes dan Martial namun kedua-dua mereka gagal menewaskan Areola.
HALF-TIME Fulham 1-1 Man Utd
All square at the break after Edinson Cavani cancels out Ademola Lookman's early opener#FULMUN pic.twitter.com/gTvYbz73ba
— Premier League (@premierleague) January 20, 2021
Kedua-dua pasukan masuk ke bilik persalinan dengan keputusan perlawanan seri terikat 1-1.
Babak kedua permainan, Fulham berjaya melancarkan beberapa siri serangan namun gagal untuk memperoleh jaringan tambahan.
Pada minit ke-64, Manchester United berjaya menjaringkan gol kedua mereka dalam perlawanan ini untuk mendahului Fulham 2-1 hasil jaringan dari Paul Pogba.
Pemenang Piala Dunia bersama Perancis itu berjaya melepaskan rembatan padu yang cukup cantik dan mengagumkan dari luar kotak penalti untuk menewaskan Areola.
Ia merupakan jaringan yang cukup cantik dari bekas pemain Juventus itu untuk memastikan Manchester United kembali ke puncak saingan liga.
Tempo permainan semakin laju dengan kedua-dua pasukan saling berbalas serangan, namun tiada jaringan tambahan yang berjaya dihasilkan.
⛰️ Back to the summit.#MUFC pic.twitter.com/8JgE20LRCK
— Manchester United (@ManUtd) January 20, 2021
Pengadil perlawanan membunyikan wisel penamat dan Manchester United berjaya memenangi perlawanan ini dengan keputusan 2-1.
Dengan kemenangan tersebut, setan merah berjaya mengutip tiga mata penuh di tempat lawan dan membawa mereka kembali ke puncak saingan liga mengatasi Manchester City dengan kelebihan 2 mata.
Namun, skuad kendalian Pep Guardiola itu masih lagi mempunyai kelebihan satu perlawanan yang masih belum dimainkan.
Fulham: Areola, Aina (Mitrovic 83), Andersen, Adarabioyo, Tete, Reed, Anguissa (Lemina 79), Bryan, Loftus-Cheek, Lookman, Ivan Cavaleiro (Kamara 71)
Pemain Simpanan: Hector, Odoi, Kebano, Rodak, Ream, Onomah
Penjaring: Lookman 5
Kad kuning: Aina, Anguissa, Bryan
Man Utd: De Gea, Wan Bissaka, Bailly, Maguire, Shaw, Pogba, Fred, Greenwood (Rashford 85), Bruno Fernandes (Matic 90+5) Martial (McTominay 85), Cavani
Pemain Simpanan: Mata, James, Henderson, Alex Telles, van de Beek, Tuanzebe
Penjaring: Cavani 21, Pogba 65
Kad kuning: Pogba
Pengadil: Martin Atkinson