Premier League 2020/21: Chelsea 3-0 West Ham

Chelsea melayan kunjungan West Ham United ke Stamford Bridge untuk perlawanan ke-14 saingan premier league musim ini.

Skuad kendalian Frank Lampard dalam usaha untuk mendapatkan tiga mata penuh bagi memastikan mereka tidak terkeluar dari kelompok lima teratas dalam carta liga.

Selepas mengalami dua kekalahan berturut-turut sebelum ini kepada Everton dan Wolverhampton, Chelsea pastinya tidak mahu berputih mata buat kali yang ketiga.

Kedua-dua pasukan memulakan perlawanan dengan aksi serang menyerang tanpa henti.

Jentera serangan West Ham yang diketuai oleh Sebastian Haller berjaya untuk melancarkan beberapa siri serangan namun gagal untuk mendapatkan gol.

Pada minit ke-10, Chelsea terpaksa mengeluarkan Ben Chilwell kerana mengalami kecederaan dan telah digantikan oleh Emerson Palmieri.

Ketika itu juga, hasil dari satu sepakan penjuru yang diambil oleh Mason Mount, The Blues berjaya peroleh jaringan pembukaan menerusi tandukan Thiago Silva.

Pada minit ke-15 Tammy Abraham berjaya menjaringkan gol untuk Chelsea, namun jaringan tersebut dibatalkan oleh pengadil kerana bola telah keluar dari kawasan permainan terlebih, dahulu sebelum Azpilicueta membuat hantaran silang.

Kedua-dua pasukan masih lagi saling berbalas serangan namun West Ham dilihat lebih banyak melancarkan serangan berbahaya.

Thiago Silva beberapa kali menyelamatkan gawang Chelsea dari dibolosi selain dari Mendy sendiri yang turut cemerlang beraksi sebagai penjaga gol utama the blues.

Pada minit ke-78, Tammy Abraham berjaya untuk menggandakan kedudukan selepas beliau menyempurnakan hantaran leret dari Timo Werner untuk Chelsea mendahului perlawanan 2-0.

Dua minit kemudian, Tammy memulakan gerakan menyerang Chelsea dari tengah padang dengan melorongkan bola kepada Pulisic.

Pulisic membawa bola masuk ke kotak penalti sebelum beliau menghantar bola tersebut kepada Mason Mount.

Pemain muda England itu kemudiannya menghantar bola masuk ke kotak penalti namun gagal ditanduk sempurna oleh Pulisic untuk disudahkan dengan jaringan.

Bola tersebut kemudiannya menemui kaki Tammy Abraham yang berlari dari tengah padang untuk masuk ke kotak penalti dan beliau cemerlang merembat bola untuk menewaskan Lucas Fabianski.

Tammy Abraham menjaringkan gol kedua peribadi dan yang ketiga untuk Chelsea dalam perlawanan ini.

Perlawanan tamat, skuad kendalian Frank Lampard cemerlang menewaskan West Ham 3-0 dan berjaya mendapatkan tiga mata penuh yang mereka cari.

Chelsea kini berada di kedudukan kelima dalam carta liga dengan mengumpul 25 mata dari 14 perlawanan.

CHELSEA (4-3-3): Mendy 6.5; Azpilicueta 7.5, Zouma 7, Silva 8, Chilwell 6 (Emerson 10, 6.5); Kante 7, Jorginho 5.5 (Kovacic 67, 6), Mount 7.5; Werner 7, Abraham 7, Pulisic 6.5 (Havertz 84).

Pemain simpanan:Β Kepa, Rudiger, Christensen, Giroud, Hudson-Odoi, Gilmour.

WEST HAM (4-2-3-1):Β Fabianski 6.5; Coufal 6.5, Balbuena 6.5, Ogbonna 6.5, Cresswell 7; Rice 7, Soucek 6.5; Bowen 7 (Fredericks 90), Noble 6, Fornals 5.5 (Benrahma 67, 6); Haller 5.5.

Pemain simpanan: Martin, Randolph, Yarmalenko, Snodgrass, Dawson, Diop,

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.