Premier league 2020/21: Arsenal 3 VS 1 Chelsea

Skuad kendalian Frank Lampard berkunjung ke Emirates stadium untuk bertemu Arsenal dalam perlawanan premier league awal pagi tadi.

Chelsea turun sebagai pasukan pilihan memandangkan Arsenal sedang berada dalam rentak persembahan yang mengecewakan.

Kekalahan demi kekalahan yang menimpa skuad kendalian Mikel Arteta menyebabkan keyakinan peminat terhadap mereka semakin menghilang.

 

Turun sebagai pasukan pilihan, Chelsea memulakan perlawanan dengan aksi serangan bertali arus ke kubu Arsenal.

Pada minit ke-12, the blues hampir dihadapan menerusi sepakan percuma yang cukup cantik dari Mason Mount, namun sayangnya bola tersebut sekadar terkena tiang gol sebelum keluar dari kawasan permainan.

 

Pada minit ke-34, Kieran Tierney telah dijatuhkan di dalam kotak penalti oleh Reece James, dan pengadil perlawanan kemudiannya menghadiahkan sepakan penalti kepada Arsenal.

Alexandre Lacazette cemerlang menyempurnakan sepakan penalti itu untuk Arsenal mendahului perlawanan dengan keputusan 1-0.

Pada minit ke-44, skuad kendalian Mikel Arteta berjaya menggandakan kedudukan selepas Granit Xhaka cemerlang menjaringkan gol yang super cantik menerusi sepakan percuma dari luar kotak penalti Chelsea.

Beliau dengan tenang mengambil sepakan percuma itu dengan menghalakan bola tepat ke sudut atas sebelah kiri gawang gol Mendy.

Sudah lama tidak menyaksikan kualiti sepakan percuma yang begitu cantik yang berjaya dilakukan oleh pemain Arsenal.

 

Tamat babak pertama perlawanan, Arsenal cemerlang mendahului permainan dengan keputusan 2-0 hasil jaringan Lacazette dan Xhaka.

Masuk babak kedua permainan, kedua-dua pasukan bermula dengan agak berhati-hati dan sesekali melancarkan serangan ke kubu lawan.

Pada minit ke-56, Arsenal peroleh gol ketiga mereka dalam perlawanan ini dengan jaringan yang sungguh cantik dari Bukayo Saka.

Bukayo Saka menerima bola hantaran dari Emile Smith-Rowe, lalu membawa bola masuk ke dalam kotak penalti Chelsea dan melambungkan bola dengan cantik melemaskan Mendy.

Gol yang sangat cantik dan bijak dari pemain muda ini untuk meletakkan Arsenal tiga gol mengatasi Chelsea yang sudah hilang arah pada ketika itu.

Pada minit ke-84, Tammy Abraham berjaya menjaringkan gol semangat untuk Chelsea meneruskan sisa perlawanan, namun jaringan beliau dibatalkan kerana offside.

Selepas membuat bantahan, pengadil perlawanan kemudiannya merujuk VAR dan jaringan tersebut dikira lalu keputusan perlawanan berubah menjadi 3-1.

 

Pada minit ke-90, Chelsea telah dihadiahkan sepakan penalti selepas Mason Mount dijatuhkan oleh Pablo Mari di dalam kotak penalti Arsenal.

Namun sayangnya, Jorginho gagal untuk menyempurnakan sepakan penalti itu, selepas rembatan beliau diselamatkan oleh Leno.

Keputusan 3-0 kekal sehingga wisel penamat dibunyikan dan Lampard dengan skuad mahalnya tewas kepada Arsenal yang sedang dalam kesukaran.

  • Kesebelasan Utama Arsenal: Leno, Bellerin, Holding, Mari, Tierney, Elneny, Xhaka, Saka, Smith-Rowe, Martinelli, Lacazette
  • Kesebelasan utama Chelsea: Mendy, James, Zouma, Thiago Silva, Chilwell, Kovacic, Kante, Mount, Pulisic, Abraham, Werner

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.