Premier League 2020/21: Arsenal 2-1 Tottenham Hotspur

North London Derby merupakan gelaran kepada perseteruan dua kelab bola sepak tempatan di England antara Arsenal dan Tottenham Hotspur di mana kedua-dua kelab ini terletak di Utara(North) London secara geografi.

Pertemuan kedua-dua pasukan ini bagi menentukan samada Utara London berwarna merah atau warna putih. Merah mewakili pasukan Arsenal dan putih putih pula merujuk kepada Tottenham Hotspur.

ย 

Stadium Arsenal, Stadium Emirates terletak di Islington dan Stadium Tottenham Hotspur berlokasi di Haringey yang hanya berjarak 6.4 kilometer sahajar.

Perlawanan antara Arsenal dan Spurs ini sentiasa menyajikan pelbagai drama terutamanya dengan aksi kekasaran yang berpaksikan kepada permusuhan dengan sejarah yang panjang.

Arsenal turun tanpa ketua pasukan mereka, Pierre Emerick Aubameyang yang juga mesin gol the Gunner yang digugurkan pada saat akhir.

Mikel Arteta mengambil langkah drastik selepas Pierre Emerick Aubameyang telah melanggar disiplin dan dilaporkan telah datang lewat untuk perlawanan.

Dalam perlawanan North London Derby buat kali ke-189, Arsenal lebih garang dengan deretan peluang namun gagal menghasilkan sebarang gol.

ย 

Spurs seperti biasa bertahan dan tenang-tenang saja, sap kok lu sambil makan colek.

Son Heung Min terpaksa dikeluarkan selepas mengalami kecederaan hamstring pada minit ke-20 dan digantikan dengan Erik Lamela yang menjadi watak penting dalam drama perlawanan ini.

Lamela membalas kepercayaan diberikan apabila menjaringkan gol yang sungguh menakjubkan melalui sepakan rabona yang leret dan sungguh genius sekali.

Itu merupakan satu-satunya percubaan Spurs di separuh masa pertama yang terus menghasilkan gol.

Sebelum tamat separuh masa pertama Martin Oedegaard terus menunjukkan ketajamana dengan gol penyamaan selepas membuka akaun jaringan di Europa League.

Oedegaard menjaringkan gol pertamanya untuk Arsenal di Premier League selepas menyempurnakan hantaran Kieran Tierney.

ย 

Selepas 20 minit permainan bersambung Alexandre Lacazette meneruskan rentak kebangkitan Arsenal dengan gol kedua melalui sepakan penalti.

Alexandre Lacazette telah melakukan satu rembatan namun tidak mengena dan kemudian dikasari pemain Spurs sebelum sempat meletakkan kaki ke tanah.

Berbaki 15 minit permainan, Erik Lamela dengan gol genius telah dilayangkan kad kuning kedua bersamaan kad merah dan serta merta diarahkan meninggalkan padang.

Bermain 10 orang menjadikan Spurs bermain dengan lebih baik berbanding sepanjang perlawanan dan membuatkan Arsenal gugup dan kelaut sehingga tamat perlawanan.

Sepakan percuma cantik Harry Kane yang nyata mengelirukan telah menghinggap tiang dan tindakan susulan pula berjaya ditanduk keluar Gariel merupakan peluang terbaik Spurs untuk menyamakan kedudukan.

Kemenangan ini menjadikan Utara London kembali merah namun Arsenal masih tersekat di skala 10 carta Premier League.

Arsenal (4-2-3-1) Leno; Cedric, David Luiz, Gabriel, Tierney; Partey, Xhaka; Saka, Odegaard, Smith Rowe; Lacazette.

Substitutes: Ryan, Bellerin, Holding, Chambers, Ceballos, Elneny, Willian, Aubameyang, Pepe.

Tottenham Hotspur (4-2-3-1) Lloris; Doherty, Sanchez, Alderweireld, Reguilon; Hojbjerg, Ndombele; Bale, Lucas Moura, Son; Kane.

Substitutes: Hart, Aurier, Davies, Winks, Lamela, Dier, Sissoko, Alli, Vinicius.

Referee Michael Oliver.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.