Premier League 2019/20: Norwich City 0-1 Liverpool

Liverpool kembali dari cuti rehat winter break untuk terus menurunkan jumlah perlawanan yang diperlukan bagi disahkan sebagai juara secara rasmi kepada lima perlawanan.

Norwich City menunggu Liverpool untuk menjadi penghalang yang seterusnya untuk sekurang-kurangnya melengahkan lagi masa untuk Liverpool bergelar juara.

Separuh masa pertama menyaksikan Norwich City telah berjaya mengikat Liverpool dengan keputusan seri tanpa jaringan.

Liverpool sebagai pasukan sang penakluk dunia bergelut untuk memecahkan benteng Norwich City bagi mencari gol pendahuluan.

Separuh masa kedua Liverpool masih gagal memecahkan kebuntuan selepas serangan demi serangan dilakukan. Pada minit ke-60 Sadio Mane dimasukkan.

Pada minit ke-78 percaturan Jurgen Klopp memasukkan Mane membuahkan hasil, apabila rembatan Mane dari sudut sempit berjaya menewaskan Tim Krul.

Sadio Mane telah menjaringkan 100 gol di dalam bola sepak Inggeris untuk semua kejohanan dan itu merupakan jaringan ke-75 untuk Liverpool dan baki 25 gol bersama Southampton.

Norwich City bukan biasa-biasa walaupun menghuni zon penyingkiran dengan melancarkan serangan balas yang berbisa namun tidak cukup menewaskan Alisson Becker.

Dengan kemenangan ini, Liverpool hanya memerlukan 5 kemenangan lagi untuk bergelar juara yang memenuhi syarat secara sah.

Liverpool telah mencatatkan keputusan 17 kemenangan berturut-turut dan kini 25 mata dihadapan Manchester City yang tidak keruan ketika ini.

Norwich City (4:2:3:1): Krul 7; Aarons 6, Zimmermann 6, Hanley 7, Byram 6(Lewis 27 6); Tettey 7, McLean 6; Rupp 5, Duda 6, Cantwell 7; Pukki 6.

Substitutes not used: Fahrmann, Godfrey Vrancic Hernandez, Buendia, Drmic.

Liverpool (4:3:3): Alisson 7; Alexander-Arnold 8, Gomez 6, Van Dijk 7, Robertson 7; Keita 6(Milner 84 6), Henderson 8.5, Wijnaldum 6(Fabinho 60 6); Salah 7, Firmino 7, Oxlade-Chamberlain 6(Mane 60 8).

Substitutes not used: Adrian, Lovren, Lallana, Origi.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.