Manchester City melayan kunjungan Newcastle United ke Etihad Stadium untuk perlawanan ke-34 saingan liga perdana musim ini.
City masih berduka setelah kecundang ditangan Southampton minggu lalu, namun perlawanan sebelumnya, mereka cemerlang membenam Juara musim ini, Liverpool dengan kemenangan besar 4-0.
City sudah tidak mampu untuk mencabar kedudukan Liverpool sebagai Juara musim ini selepas mereka keciciran mata ketika tewas kepada Chelsea beberapa minggu lalu.
Aguero—16
Sterling—13
KDB—11
Gabriel Jesus—11
Mahrez—10Man City are the first team in Premier League history to have five players score 10+ goals in a single season 🔥 pic.twitter.com/karxiCLhTG
— B/R Football (@brfootball) July 8, 2020
Pep Guardiola menurunkan kesebelasan terbaiknya untuk mengelak dari terjadinya kekalahan seperti yang menimpa mereka pada minggu lalu.
City membuka tirai jaringan seawal minit ke-10 perlawanan menerusi sentuhan kemas dari Gabriel Jesus yang menerima hantaran dari David Silva.
Phil Foden bijak menolak bola kepada David Silva yang kemudiannya melorongkan bola ketengah kotak penalti Newcastle lalu berjaya menemui Jesus yang akhirnya menolak kemas bola masuk ke dalam gawang gol untuk jaringan pembukaan City.
City kemudian melancarkan beberapa siri percubaan dari Mahrez dan Phil Foden tetapi sayang tidak berhasil.
Pada minit ke-21, Riyad Mahrez berjaya menggandakan kedudukan selepas menyempurnakan hantaran cantik dari Kevin de Bruyne.
10+ – Manchester City are the first English top-flight side to have five different players score at least 10 league goals in a single season since Everton in 1984-85. Apportion. pic.twitter.com/Y6XzpL2bTS
— OptaJoe (@OptaJoe) July 8, 2020
Newcastle semakin tertekan selepas Manchester City mendahului perlawanan dengan keputusan 3-0 selepas pemain mereka sendiri, Federico Fernandez menjaringkan gol sendiri.
Jesus berjaya menggelecek beberapa pemain Newcastle di dalam kotak penalti dan kerana berlakunya situasi kucar kacir dihadapan gol, Matt Ritchie cuba mengeluarkan bola namun terkena Federico Fernandez lalu masuk ke gawang gol mereka sendiri.
Pada minit ke-65, Manchester City dihadiahkan sepakan percuma diluar kotak penalti Newcastle selepas Raheem Sterling dijatuhkan.
David Silva berjaya melencongkan bola untuk menewaskan Martin Dubravka. Bola lencongan beliau sangat laju dan tepat ke penjuru atas menerjah jaring gol.
Raheem Sterling berjaya menjaringkan gol kelima untuk Manchester City beberapa minit sebelum wisel penamat dibunyikan.
Manchester City at home since the restart:
17 goals scored
0 goals concededThey don't seem to be missing the Etihad crowd! 🙌 pic.twitter.com/9nL4bxz1Kf
— ESPN FC (@ESPNFC) July 8, 2020
Kesilapan dari Matthew Longstaff yang cuba menghantar bola kepada rakan sepasukannya tetapi disambar oleh David Silva yang kemudian melorongkan bola cantik kepada Raheem Sterling.
Sterling menerima bola umpanan dari David Silva dan kemudian dengan bijak menolak masuk bola ke sudut sebelah kiri menewaskan Martin Dubravka.
Perlawanan tamat Manchester City dengan mudah membenam Newcastle United dengan keputusan 5-0.
Manchester City kekal di tempat kedua dengan mengumpul 69 mata 23 mata dibelakang Juara saingan liga musim ini, Liverpool.
Rating penilaian pemain Manchester City
Kesebelasan utama: Ederson (8); Cancelo (5) Stones (6), Otamendi (6), Zinchenko (7); De Bruyne (8), Rodri (7), D.Silva (9); Mahrez (8), Jesus (8), Foden (8).
Pemain simpanan: Gundogan (8), Walker (8), Sterling (7), B.Silva (7), Doyle (7).
Rating penilaian pemain Newcastle United
Kesebelasan utama: Dubravka (5); Yedlin (3), Krafth (3), Schar (2), Fernandez (2), Rose (2); Lazaro (3), Shelvey (5), Bentaleb (2), Ritchie (3); Joelinton (2).
Pemain simpanan: Manquillo (2), Gayle (3), Longstaff (4), Muto (N/A), Atsu (N/A).