Premier League 2019/20: Liverpool 4-0 Southampton

Pasukan paling hebat di atas muka bumi ini yang layak digelar Wira Tempur Liverpool tiada masalah untuk terus mencatatkan kemenangan dengan penuh bergaya.

Southampton menjadi lawan Liverpool di Premier League minggu ini dan tiada masalah untuk The Kops kemenangan ke-24 dalam 25 perlawanan.

Pasukan bimbingan Jurgen Klopp berjaya dikecewakan oleh Southampton pada separuh masa pertama yang berjaya mengikat kedudukan di Anfield.

Pemain tengah Liverpool, Alex Oxlade-Chamberlain berjaya memecahkan kebuntuan dua minit selepas bersambung separuh masa kedua.

Pendahulu dan bakal juara Premier League menggandakan kedudukan melalui satu rembatan deras Jordan Henderson selepas tenang menyudahkan hantaran Roberto Firmino.

Firmino telah mencipta 51 assist buat Liverpool dalam 228 penampilan bersama Liverpool.

Mohamed Salah menjaringkan gol ketiga yang berpunca dari sepakan Alisson Becker mencari Henderson yang menghantar bola kepada Salah yang berlari laju.

Gol keempat Salah melengkapkan kemenangan bergaya Liverpool yang kini berkelebihan 22 mata di puncak.

Kemenangan ini membolehkan Liverpool meneruskan rekod tanpa tewas mereka kepada 42 perlawanan berturut-turut.

Liverpool (4-3-3):

Alisson 8; Alexander-Arnold 8, Gomez 7, Van Dijk 8, Roberston 7; Henderson 8.5 (Lallana 88) Fabinho 8, Wijnaldum 7.5 (Minamino 81); Oxlade-Chamberlain 8 (Keita 73, 7), Firmino 9, Salah 8

Pemain gantian tidak digunakan:

Adrian, Lovren, Origi, Matip

Southampton (4-4-2):

McCarthy 8.5; Ward-Prowse 6, Stephens 6, Bednarek,6 Bertrand 6.5; Djenepo 7 (Boufal 82) Romeu 7 Hojberg 7, Redmond 6.5; Ings 8 (Adams 69, 6) Long 7 (Obafemi 69, 6)

Pemain gantian tidak digunakan:

Gunn, Vestergaard, Smallbone, Danso

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.