Premier League 2019/20: Chelsea 0-2 Manchester United

Perlawanan menentang Chelsea merupakan satu perlawanan yang ditunggu-tunggu oleh Ole Gunnar Solskjaer kerana Chelsea merupakan satu pasukan yang menjadi lubuk Manchester United meraih tiga mata.

Kejayaan menewaskan Chelsea terlalu unggul untuk Manchester United kenang. Mereka masih lagi menganggap itu satu kejayaan yang besar dan Chelsea adalah lubuk.

Kemahuan dan keinginan Manchester United mendambakan lawan seperti Chelsea akhirnya kunjung tiba dan menjadi perlawanan seperti yang diidam-idamkan.

Pada minit ke-20 kontroversi tercetus apabila, Harry Maguire telah menendang kawasan sensitif Mitchy Batshuayi dengan sengaja ditepi padang.

Namun pemain termahal dunia itu terselamat daripada apa-apa tindakan apatah lagi sebarang kad walaupun jelas ada kejahatan itu. VAR mabuk?

Insiden ini menjadi topik perbualan pengulas sukan selepas perlawanan yang semuanya berpendapat bahawa Maguire patut dilayangkan kad merah.

Pada penghujung separuh masa pertama Anthony Martial memecahkan kebuntuan dan meletakkan Setan Merah dihadapan melalui satu sudulan yang indah.

Lebih menakjubkan gol itu terhasil daripada hantaran silang Aaron Wan-Bissaka yang terkenal dengan hantaran super teruk dan selalunya kelaut.

Ini merupakan gol keempat Anthony Martial dalam tiga pertemuan terakhir dengan Chelsea dan menjaringkan gol ditempat sendiri dan tempat lawan.

Cesar Azpilicueta telah menyamakan kedudukan buat Chelsea yang berpunca daripada sepakan penjuru namun gol itu telah dibatalkan oleh Video Assistant Referee(VAR).

VAR membatalkan gol Cesar Azpilicueta kerana di mata VAR kekasaran telah dilakukan oleh Cesar Azpilicueta dengan menolak Brandon Williams. Satu keraguan.

Minit ke-64 menyaksikan sepakan percuma cantik pemain harapan baru Manchester United, Bruno Fernandes telah dihalang daripada menerjah gawang apabila terkena tiang.

Dua minit kemudian, Bruno Fernandes membuktikan beliau sebagai pakar bola mati dengan cantik mengambil sepakan penjuru.

Bola menggelembung tiba ke kawasan penalti Chelsea dan Harry Maguire pantas melonjak untuk melepaskan satu sundulan tajam.

Gol kedua buat Manchester United hasil menyundul dan lebih perit buat Chelsea apabila pemain yang sepatutnya dilayangkan kad merah menyumbat gol.

Gol pertama pemain termahal dunia bersama Manchester United musim ini di Premier League.

Kedua-dua gol Manchester United ini terhasil juga merupakan percubaan tepat yang berjaya dilakukan Setan Merah dalam perlawanan ini.

Olivier Giroud masuk menggantikan Mitchy Batshuayi telah menjaringkan gol buat Chelsea untuk merapatkan kedudukan.

Malang buat Chelsea apabila VAR sekali lagi membatalkan gol yang dijaringkan. Kali ini atas sebab offside.

Perlawanan tamat dengan kemenangan berpihak kepada Manchester United sekali lagi dan Chelsea nyata kecewa dengan mutu pengadilan.

Ini merupakan pertemuan ke-11 antara Chelsea dan Manchester United dan tiada kemenangan buat Chelsea dengan rekod empat seri dan tujuh tewas.

Musim ini juga menyaksikan Setan Merah berjaya mencatatkan semua kemenangan ke atas Chelsea di Premier League sejak musim 1987/88.

Chelsea: Caballero, James, Christensen (Zouma 46), Rudiger, Azpilicueta, Kante (Mount 12), Jorginho, Kovacic, Pedro, Batshuayi (Giroud 68), Willian

Subs not used: Kepa, Alonso, Barkley, Tomori

Manchester United: De Gea, Wan-Bissaka, Bailly, Maguire, Shaw, Williams, Fred, Matic, Fernandes (Dalot 90+1), James (Pereira 80), Martial (Ighalo 90+1)

Subs not used: Romero, Jones, Mata, Greenwood

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.