Premier League 2019/20: Bournemouth 1 Man United 0

Pasukan yang dikenali dengan pelbagai formula rahsia Manchester United tewas mengejut kepada Bournemouth.

Sebelum ini Manchester United berjaya menemui formula mendapatkan 3 mata dalam Piala Carabao.

Kekalahan di tangan Bournemouth berlaku selepas 3 hari Marcus Rashford ditauliahkan pingat kebesaran Ronaldo Baru oleh Solskjaer dan penyokong Manchester United.

Kekalahan ini juga sehari selepas pelancaran baju naga yang merelip di tempat gelap.

Baju naga itu mendapat banyak kritikan daripada seluruh dunia kerana rekaannya dianggap agak teruk. Ada juga yang menyatakan baju ini seperti baju budak budak raver KLCC dan juga sesuai untuk digunakan menjaga pusat judi kuda.

Apapun alasannya, Manchester United sudah menyatakan mereka tak akan menukar rekaan itu dan haters boleh terus berdengki.

Bournemouth mendapat gol kemenangan daripada bekas pemain muda buangan Manchester United iaitu Josh King.

King melakukan beberapa gerakan tanpa bayang yang menewaskan fullback terbaik dunia, Aaron Wan-Bissaka yang kerjanya hanyalah mempersembahkan aksi membentes orang.

Rekod cemerlang Manchester United yang tak tewas dalam 4 perlawanan berturut-turut termasuk 3 kemenangan terakhir dalam semua pertandingan.

Manchester United dalam mood yang penuh semangat selepas menang ke atas Chelsea dalam aksi Piala Carabao. United menang 2-1 di Stamford Bridge berhadapan dengan skuad kedua Chelsea.

Jaringan tunggal bekas graduan Carrington, Joshua King telah memberikan kemenangan kepada Bournemouth. Ini merupakan kemenangan pertama Bournemouth sejak September.

King juga menamatkan kemarau gol Bournemouth selepas 6 jam tanpa sebarang gol dalam saingan liga.

Agak ironi, apabila Joshua King juga penjaring gol kemenangan dalam kemenangan terakhir Bournemouth ke atas Manchester United pada 2015.

King mengawal bola dengan dadanya dan berputar menewaskan Aaron Wan-Bissaka dan terus melakukan voli yang cantik
David De Gea tak mampu untuk menyelamatkan percubaan yang secantik itu.

Manchester United bermula dengan sangat baik dalam perlawanan ini. Mereka diketuai oleh Ronaldo Baru di bahagian hadapan dan juga Anthony Martial.

Namun selepas itu, Manchester United semakin goyah dan memberikan banyak ruang kepada pasukan lawan untuk memasuki kawasan mereka.

Bournemouth secara keseluruhannya berjaya bertahan dengan baik. The Cherries meneruskan momentum mereka pada separuh masa kedua. Harry Wilson 2 kali hampir menjaringkan gol.

United memasukkan Mason Greenwood Pada lewat perlawanan. Beliau memberikan aksi yang memperbaiki bahagian serangan United.

Namun gol yang mereka cari tak kunjung tiba. Bournemouth menang 1-0.

Manchester United hanya mengutip 13 mara daripada 11 perlawanan. Paling teruk dialami mereka sejak 1987.

Ianya pasti memberikan tekanan kepada Ole Gunnar Solskjaer yang sebelum ini sudah lega dengan perkembangan positif di dalam pasukan mereka.

Perlawanan seterusnya, Manchester United akan berhadapan dengan Partiban sekali lagi.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.