Premier League 2019/20: Aston Villa 1 Liverpool 2

Pasukan takluk Eropah, Liverpool berhempas pulas untuk mengelakkan diri mereka daripada diaibkan oleh Aston Villa dalam aksi di Villa Park.

Liverpool turun dalam misi untuk menang bagi mengukuhkan kedudukan mereka di tangga teratas.

Aston Villa bermain dengan corak serangan yang menarik pada separuh masa pertama. Liverpool juga begitu.

Liverpool lebih dominan namun Villa menghadirkan ancaman yang sangat bahaya.

Aston Villa terlebih dahulu menggembirakan penyokong Manchester United dengan gol oleh Mahmoud Hassan Trezeguet pada minit ke-21 selepas pemain Liverpool terlena di buai angin sejuk di Villa Park.

Roberto Firmino menyumbat bola ke gawang Villa tidak lama selepas itu. Namun gol itu tidak disahkan oleh VAR. Aston Villa memberikan kelegaan kepada penyokong mereka dan juga ehem ehem.

Gary Lineker menyatakan itu adalah gol. Dan penyokong Liverpool lagilah menganggap itu gol.

Pundit BeIn pun katakan ia onside:

Namun Premier League tampil dengan penjelasan tersendiri. Mereka menyatakan bahawa ketiak Firmino yang berada di kedudukan offside.

Sadio Mane turut menunjukkan satu aksi Pandelela Rinong yang membuatkan pemain Senegal itu dilayangkan kad kuning. Tiada penalti diberikan pengadil di atas kelakuan seperti itu.

Pada separuh masa kedua, Liverpool menaikkan lagi tempo permainan mereka.

Dan The Reds berjaya menjaringkan 2 gol lewat perlawanan, termasuk gol pada masa kecederaan daripad Sadio Mane.

Gol pertama adalah daripada Andrew Robertson yang menerima hantaran Sadio Mane. Robertson menanduk dari jarak dekat.

Sadio Mane menjadi wira Liverpool dengan tandukan kemenangan selepas menerima sepakan penjuru Trent Alexander-Arnold.

Arnold antara pemain yang pernah menyatakan keinsafan beliau selepas disekolahkan Cristiano Rashford.

Kemenangan itu mengekalkan Liverpool di puncak liga dengan 31 mata. Manakala Aston Villa berada di tangga ke-16. Hanya 2 mata dibezakan dengan pasukan handalan di tangga ke-10.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.