Harapan Leicester City untuk merapatkan mata kepada Manchester City di tempat kedua tidak kesampaian begitu juga lawan mereka, Chelsea.
Chelse yang mahu terus menjarakkan mata di tempat ke-4 dan mengejar Leicester City terpaksa berpuas hati dengan keputusan seri.
Stadium King Power menyaksikan aksi kejar mengejar terjadi diantara The Foxes dan The Blues yang sememangna mahukan kemenangan.
Antonio Rudiger terlebih dahulu meletakkan Chelsea di depan pada awal separuh masa kedua, namun gol itu tidak kekal lama.
Lapan minit kemudian Harvey Barnes telah berjaya menyamakan kembali kedudukan melalui satu gerakan potongan ke dalam disusuli sepakan lencong.
Pada minit ke-64, Ben Chilwell telah meletakkan Leicester City di hadapan. Chelsea juga pandai mengejar.
Antonio Rudiger menjaringkan gol kedua peribadi dan perlawanan pada minit ke-71 untuk Chelsea sekadar seri dan mengutip satu mata.
Leicester (4-1-4-1): Schmeichel 5; Pereira 6, Evans 6.5, Soyuncu 7, Chilwell 7.5; Choudhury 5.5; Perez 6.5, Tielemans 7.5 (Praet 80), Maddison 5, Barnes 7; Vardy 6 (Iheanacho 80)
Subs not used: Justin, Albrighton, Ward, Gray, Fuchs
Chelsea (4-3-3): Caballero 6; James 7, Christensen 6.5, Rudiger 8, Azpilicueta 6; Kante 6.5, Jorginho 6.5 (Kovacic 74, 6), Mount 7.5; Hudson-Odoi 6, Abraham 5 (Barkley 82), Pedro 6.5 (Willian 74, 6)
Subs not used: Arrizabalaga, Alonso, Batshuayi, Tomori