Posisi Dan Peranan Asas Dalam Bola Keranjang Yang Anda Harus Tahu

Dalam sukan bola keranjang ada beberapa terma untuk peranan dan posisi pemain yang harus anda tahu. Kali ini, kami terangkan beberapa peranan dan posisi itu secara asas.

Jumlah Pemain

Mungkin tidak perlu diterangkan lagi kerana semua kita tahu sukan bola keranjang ini dimainkan secara 5 vs 5 ataupun 5 sebelah.

Posisi Dan Peranan

Secara asasnya, setiap pemain memiliki posisi dan peranan yang pelbagai. Pemain perlu ada peranan khas mereka ketika menyerang dan juga ketika bertahan.

Berikut adalah posisi dan peranan asas pemain bola keranjang di dalam gelanggang.

1. Tengah (Center)

Mereka adalah pemain yang berada di tengah. Dan ketika bertahan mereka adalah pemain yang berada di hadapan keranjang.

Jadi, pemain center ini biasanya pemain yang paling tinggi di dalam pasukan. Mereka akan melompat setinggi yang boleh untuk memenangi bola di udara.

Center adalah pemain yang paling fizikal berbanding dengan pemain lain. Mereka akan banyak terlibat dalam rebouns juga.

Ketika menyerang mereka akan berada di tengah dan bersedia untuk menghantar bola dan menjaringkan bola. Selain itu, mereka juga akan menggunakan fizikal mereka untuk menghadang pertahanan lawan.

Ini secara langsung akan cuba membuka ruang kepada rakan mereka ketika menyerang. Jadi, pemain center perlu ada kemampuan untuk melakukan rebounds dan juga put-backs.

Selain itu, mereka biasanya pemain yang bagus dalam melakukan jump shots, hook shots, dan sebagainya.

Ketika bertahan, mereka akan berada di tengah untuk menyukarkan lawan bergerak masuk menghampiri keranjang. Pada masa yang sama, mereka boleh dikatakan pemain utama yang akan berhadapan dengan pemain terbaik lawan untuk menghalang mereka daripada menjaringkan gol.

Antara pemain yang popular dengan peranan ini adalah Kareem Abu Jabar, Shaquile O Neal, Tim Duncan dan Yao Ming.

2. Power Forward

Biasanya, mereka adalah pemain kedua tertinggi dalam pasukan. Ataupun ada pasukan menggunakan pemain paling tinggi juga untuk peranan ini.

Fizikal mereka mirip kepada pemain center. Namun begitu, mereka lebih lincah dan lebih pantas berbanding dengan pemain center.

Mereka ada kemampuan yang baik untuk bermain di bahagian sisi gelanggang dan penjuru gelanggang. Mereka juga ada kemampuan yang bagus dalam persaingan fizikal untuk melakukan jaringan dan rebound.

Dirk Norwitzki antara pemain yang paling hebat untuk peranan ini pada era moden.

Power forward perlu ada kemampuan untuk melakukan percubaan 3 mata dan juga dari dalam kawasan. Anda pastinya ingat dengan Dennis Rodman?

3. Small forward

Biasanya, pemain ini berbadan kecil dalam pasukan. Namun mereka tetap perlu ada tinggi yang secukupnnya untuk bermain di dalam kawasan berhadapan dengan pertahanan lawan yang fizikal dan mereka juga harus mampu untuk berkawal (guard).

Small forwards juga biasanya, pemain ke-2 atau ke-3 terbaik dalam disiplin melakukan percubaan dari jarak jauh. Mereka turut ada kemampuan untuk bertahan.

Peranan ini antara peranan yang melahirkan ramai bintang ternama seperti LeBron James, Kevin Durant, dan Scottie Pippen.

Buat masa ini, LeBron James adalah pemain terbaik dalam sejarah NBA dan beliau adalah daripada posisi ini.

4. Shooting guard

Peranan ini biasanya diberikan kepada pemain yang kedua pendek di dalam pasukan. Tetapi pemain ini biasanya paling laju dan pantas melakukan gelecekan.

Mereka berada di zon di mana visi mereka paling luas melihat permainan. Mereka bertanggungjawab untuk menjadi perancang ketika serangan.

Salah satu fakta yang menarik, shooting guard adalah pemain yang paling banyak melakukan percubaan di dalam gelanggang.

Paling mustahak, mereka adalah pemain yang memberikan ancaman yang besar untuk melakukan percubaan 3 mata. Legenda Michael Jordan dan Kobe Bryant adalah nama yang melekat di kepala anda untuk peranan ini.

Foto – ESPNNBA

5. Point guard

Ini adalah pemain yang paling pendek di dalam pasukan. Mereka biasanya pemain yang paling bagus dalam mengendalikan bola, menggelecek dan melakukan hantaran.

Skil dan visi mereka ketika melakukan hantaran membuatkan mereka menjadi pemain yang kreatif di dalam gelanggang.

Mereka biasanya pemain yang paling banyak menyentuh bola dan menjadi perancang ketika serangan.  Mereka juga sangat lincah dan cuba mengganggu rentak pemain lawan dengan gerakan mereka.

Seperti juga shooting guard, mereka perlu ada kemampuan melakukan percubaan dari jarak jauh walaupun tidak sehebat shooting guard. Namun kerapkali juga mereka melakukan jaringan lebih banyak daripada shooting guard.

Peranan ini popular dengan bebearpa nama seperti Magic Johnson, Stephen Curry dan Steve Nash.

Rumusan

Di atas ini hanyalah penerangan asas. Pada era moden hari ini, ada jurulatih menggunakan pemain berdasarakan pertukaran peranan yang kerap.

LeBron James misalnya, pemain ini digelar roamer kerana fizikalnya sesuai untuk bermain power forward, tetapi dia lebih suka bermain sebagai small forward dan juga ada kemampuan yang bagus untuk menjadi point guard kerana dia seorang yang lincah.

 

Ini adalah gambaran tentang kedudukan setiap posisi dan peranan pemain.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.