FA Portugal antara pihak yang kurang senang dengan kejayaan Messi menggondol Anugerah Pemain Terbaik Lelaki FIFA Best 2019.
Messi menewaskan Virgil Van Dijk dan Cristiano Ronaldo, dalam persaingan tersebut.
Messi membantu Barcelona menamatkan La Liga sebagai juara dan juga finalis Copa Del Rey. Barcelona disingkirkan Liverpool, yang dibarisi Van Dijk, dalam separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah.
Di peringkat kebangsaan, Messi bergelut untuk membantu Argentina menamatkan saingan di tangga ke-3 Copa America.
Namun begitu, Messi tetap menjadi penjaring serta pembekal ‘assist’ terbanyak di Eropah musim lalu. Messi menjadi pemain Terbaik La Liga musim lalu.
Messi memenangi Anugerah Penyerang Terbaik UEFA 2019.
Cristiano Ronaldo membantu Juventus menamatkan saingan dengan 2 Piala Domestik. Beliau juga turut menjadi pemain terbaik Serie A.
Di peringkat antarabangsa, Ronaldo membantu Portugal memenangi Liga Negara-Negara Eropah edisi sulung.
Sementara, Virgil Van Dijk membantu Liverpool menamatkan saingan di tangga ke-2 EPL. Membantu The Reds juara UCL.
Di peringkat kebangsaan Van Dijk membantu Belanda yang diletakkan pasukan bukan pilihan, mara ke final Liga Negara-Negara Eropah. Van Dijk, seperti Messi dan Ronaldo, dinobat pemain terbaik liga musim lalu.
Van Dijk turut diiktiraf sebagai Pertahanan Terbaik Eropah dan juga Pemain Terbaik UEFA.
Messi dipilih sebagai pemenang. Ini bermakna, Messi mendapat Anugerah FIFA Best pertama beliau sejak anugerah itu dipisahkan dengan Ballon d’Or.
Kem Portugal ternyata tidak berminat dengan kejayaan Messi. Malah mereka mengiktiraf Ronaldo sebagai yang terbaik buat selama-lamanya.
FA Portugal memuat naik kenyataan kontroversi itu menerusi twitter mereka.
.@Cristiano pic.twitter.com/tASzCHHcMP
— Portugal (@selecaoportugal) September 23, 2019
Ramai juga yang tidak senang dengan tweet tersebut yang disifatkan bermotifkan cemburu dan tiada semangat kesukanan.
Malah ada yang menyatakan FA Portugal patut malu dengan tindakan mereka menganaktirikan Bernardo Silva.
https://twitter.com/JonathanHarisFC/status/1176227351220432902
Tidak kurang juga yang memuat naik video yang menunjukkan Ronaldo seperti tidak gembira dengan kekalahan beliau sebelum ini, dalam anugerah UEFA.
😂😂😂😂😂😂😆♥️😆♥️😆😔😭😭😆 pic.twitter.com/k9jqnYtcIA
— محمد ابو نبيل (@saayedmhmd) September 23, 2019