Poirier: ‘Rematch’ Dengan Saya Sajalah McGregor

Selepas kekalahan di tangan Khabib Nurmagomedov dalam UFC 242, Abu Dhabi, Dustin Poirier meminta agar Conor McGregor bertarung perlawanan ulangan menentang beliau.

Ianya gara-gara McGregor yang mahu perlawanan ulangan dengan Khabib Nurmagomedov. Sedangnkan Dana White sudah memberikan kenyataan bahawa, sepatutnya perlawanan seterusnya melibatkan Khabib dan Tony Ferguson.

Namun ianya masih belum disahkan lagi. Ini kerana, Khabib masih perlukan rehat buat masa ini, dan masih menunggu masa yang sesuai untuk berbicara soal pertarungan sepenuhnya.

McGregor pula mahu menentang Khabib dalam pertarungan di Moscow selepas ini. Beliau berkata:

“Sila aturkan pertarungan ulangan saya (dengan Khabib) untuk (acara di) Moscow.”

Dana White menyatakan, UFC tidak pernah menutup pintu kepada McGregor untuk kembali dan membayangkan petarung UFC itu akan diletakkan dalam senarai menunggu.

Jika Tony Ferguson tiba-tiba tidak dapat komited dalam pertarungan itu atas alasan tertentu termasuk kecederaan ataupun isu lain, maka pertarungan ulangan antara Khabib-McGregor boleh direalisasikan.

Terdapat ramai juga peminat UFC risau dengan Dana White. Mereka bimbang Dana White memainkan peranannya dengan memujuk Tony untuk menarik diri bagi mendapatkan PPV yang lebih besar dengan pertarungan Khabib-McGregor.

Ia tidak ubah seperti lebih kepada pertarungan untuk wang. Lebih-lebih lagi pertarungan itu adalah ulangan pertarungan panas, dan ia berlangsung di negara kelahiran Khabib Nurmagomedov.

Peminat mahukan pertarungan di antara Tony dan Khabib yang sudah tertangguh beberapa kali sebelum ini.

Lantas Dustin Poirier menawarkan diri untuk perlawanan ulangan dengan Conor McGregor untuk acara UFC di Moscow nanti.

Dustin yang juga digelar The Diamond mahu bertemu dengan McGregor dalam pertarungan yang dianggap pertarungan kepulangan semula bekas juara berganda UFC itu ke octagon.

Poirier dan McGregor pernah bertemu dalam UFC 178 pada 2014 dengan kemenangan memihak Notorious dengan KO. Ketika itu, kedua-duanya hanya beraksi dalam acara sampingan ataupun bukan main card.

Selepas itu karier Poirier dan McGregor jauh berbeza. McGregor bertarung dalam 7 aksi UFC dengan rekod kejuaraan Featherweight dan Lightweight.

Manakala Poirier sudah bertarung dalam 16 acara dan menjadi pemangku pemegang tali pinggang 155 pound.

Poirier menyatakan kepada McGregor: “Rasanya saya dan McGregor bertemu semula, lebih masuk akal buat masa ini.”

Poirier berkata begitu kerana, Tony Ferguson berhak untuk bertemu dengan Khabib Nurmagomedov dalam pertarungan akan datang.

Beliau tidak mahu McGregor mengganggu jadual tersebut dengan karenah beliau.

Apa pula respon McGregor ke atas cabaran daripada Poirier ini? Adakah beliau akan menerimanya?

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.