Paul Pogba masih lagi menjalani pemulihan untuk kembali semula ke atas padang. Ole Gunnar Solskjaer masih belum pasti bila agaknya pemain tengah kebangsaan Perancis dan pemenang Piala Dunia itu akan kembali semula berlatih.
Pemain yang dikenali dengan skil dan kemampuan luar biasa di atas padang itu menyatakan bahawa Liverpool selayaknya menjadi juara Liga Perdana Inggeris pada musim ini.
Pogba puji Liverpool
Paul Pogba memuji prestasi luar biasa Liverpool yang memukau dan mencipta kemenangan demi kemenangan tanpa lelah dan jemu.
Malah ada yang mengibaratkan kemenangan dan Liverpool ibarat kuah dengan nasi, saling melengkapi dan memerlukan.
Misalnya dalam aksi berhadapan dengan West Ham, punyalah buruk Liverpool main dan mahu kalah, namun kemenangan tetap memerlukan Liverpool untuk terus bersama dengan mereka.
Paul Pogba menegaskan, sebagai pemain Manchester United, mereka sudah terbiasa dengan mentaliti tak mahu melihat pasukan lain menang, terutama sekali Liverpool.
Pogba berkata: “Liverpool berada tersangatlah jauh di hadapan semua orang.”
“Mereka masih belum terciduk sebarang perlawanan musim ini dalam Liga Perdanan Inggeris. Dan sebelah tangan mereka sudah menggenggam trofi Liga Perdana Inggeris.”
“As a Manchester United player, we don’t want them [Liverpool] to win the title. But as a lover of football, I must admit they deserve to be where they are today.”
– Paul Pogba on the title race pic.twitter.com/GHjB17KGQo
— FourFourTweet (@FourFourTweet) February 24, 2020
“Saya, sebagai pemain Manchester United, dan dengan permusuhan di antara dua kelab kami, pastinya kami tak mahu Liverpool menang kejuaraan liga.”
Pogba kemudian dengan ego menyatakan bahawa mereka tak akan rela pasukan lain menang kerana mereka adalah Manchester United.
Itulah jiwa pemain Manchester United sejati, bukannya lemah dan lembik. Tetapi Pogba tetap membuang ke tepi sentimen itu dan menghargai Liverpool pada sudut berbeza iaitu sebagai pencinta bola sepak dan pemain profesional.
Paul Pogba kemudian menambah: “Kami juga tidak mahu pasukan lain yang menang, selain daripada kami.”
“Namun sebagai pencinta bola sepak dan pemain yang menghormati pasukan lawan, saya harus katakan bahawa, mereka selayaknya berada di mana mereka berada pada hari ini.”
Paul Pogba gives his verdict on Liverpool as he admits they deserve to win title https://t.co/STe6uoYjQP pic.twitter.com/Ft6t38ZEsf
— Mirror Football (@MirrorFootball) February 24, 2020
“Mereka sudah menjadi pasukan lebih baik daripada musim lalu yang mereka menang Liga Juara Juara Eropah. Sebelum itu mereka tewas di final UCL di tangan Real Madrid.”
Pujian Pogba kepada Liverpool membuatkan ramai penyokong United tidak menyukainya.
I see Pogba has come out and said Liverpool deserve to win the league, They're the best team he says praising the scousers ffs.
Yet he didn't even Tweet on the Munich anniversary, The guy has got zero respect for Manchester United
— UTFR 🇾🇪 (@ManUtd_HQ) February 24, 2020
Namun tidak semua yang begitu, ramai juga yang menyatakan, tiada salahnya pun tindakan Pogba tu.
Pogba terus dikaitkan dengan isu masa depan yang tak menentu bersama Manchester United. Ejen beliau, Mino Raiola memberikan bayangan bahawa Paul Pogba mungkin akan pergi ke Juventus selepas tamat musim ini.
Raiola berpendapat, Man United tidak bagus untuk karier pemain seperti Pogba.
Pogba menjadi rebutan banyak kelab di Eropah, selain daripada Juventus, ini termasuk Real Madrid.
Bukannya sukar untuk Paul Pogba mencari kelab baru berdasarkan kualiti permainan dan juga nilai yang dan harga diri yang ada padanya.