Pogba Buktikan Beliau Masih Midfield Berkelas Dunia

Peminat dan beberapa pemain bola sepak profesional menyatakan bahawa Paul Pogba sudah berjaya menemui rentak persembahan terbaiknya semula.

Hal ini kerana melihatkan kepada kehebatan yang dipersembahkan oleh Pogba dalam perlawanan menentang Sheffield United semalam.

Kesilapan Dean Henderson ketika bertemu bekas kelabnya menyebabkan United ketinggalan 1-0 seawal minit ke-5 permainan.

Namun, dek kerana persembahan mantap yang dipamerkan oleh Pogba, Bruno Fernandes dan Marcus Rashford, United berjaya bangkit dan memenangi perlawanan dengan keputusan 3-2.

β€œSekiranya kamu benar-benar menonton bola sepak, kamu tahu Pogba mendominasi bola secara berkala, ketika kamu bercakap tentang vision dan teknik, kamu harus kaitkan dengan dia.”

Jelas Yannick Bolasie.

β€œPogba seharusnya diberi anugerah pemain terbaik bulanan pada bulan Disember ini.”

β€œDia kekal mempamerkan aksi persembahan yang sangat mantap sepanjang bulan ini.”

Tulis para peminat di laman twitter masing-masing.

Pogba berjaya mencipta assists yang cukup luar biasa hebat apabila beliau dengan bijak dan handalnya melambungkan bola melepasi para pemain Sheffield dan berjaya menemui rakan sepasukannya Anthony Martial.

Bola lambungan cantik itu berjaya disudahkan oleh Martial untuk menjaringkan gol pertamanya dalam saingan premier league musim ini.

Namun, gol tersebut tidak berjaya mendapatkan perhatian dari kalangan peminat berbanding assists dari Pogba untuk hasilkan jaringan tersebut.

Pogba beraksi dengan sangat baik dalam perlawanan tersebut dan aksi serba boleh beliau memperlihatkan kekemasan gandingannya dengan Bruno Fernandes menjadi begitu berkesan.

Kerja keras yang telah beliau pamerkan dalam perlawanan itu juga selayaknya dipuji dan Pogba buktikan bahawa itulah perkara yang bakal dirindukan oleh peminat setan merah andai beliau pergi meninggalkan kelab tahun hadapan.

Pemenang Piala Dunia bersama Perancis itu membuat lapan kali pemulihan bola, dua bentesan dan dua pintasan sepanjang 90 minit aksi permainan selain dari sumbangannya bersama jentera serangan.

Namun, detik terhebat untuk pemain berusia 27 tahun itu dalam perlawanan ini adalah ketika beliau mempamerkan skill persis Zidane dengan mengayam-ayamkan pemain pinjaman dari Chelsea, Ampadu.

Beliau membuat Ampadu menderita sebelum memulakan gerakan yang cantik dalam penghasilan gol ketiga setan merah dalam perlawanan ini.

Ketika beliau berada ditahap kecergasan terbaik, Pogba menunjukkan yang beliau mampu untuk berikan yang terbaik dengan skill-skill luar biasa yang dipersembahkan olehnya.

Peminat menilai tahap aksi Pogba dalam perlawanan semalam sebagai aksi yang sangat sempurna dengan memberi penilaian 10/10 atas kecemerlangan beliau dalam perlawanan tersebut.

Sementara, Michael Owen pula turut menyatakan bahawa, dengan mengekalkan gandingan Pogba dan Fernandes dibahagian jentera tengah skuad, ianya bakal memberi peluang kepada United untuk muncul Juara saingan liga musim ini.

Manchester United kini berada lima mata di belakang pendahulu saingan liga, Liverpool dengan kelebihan satu perlawanan di tangan.

Peminat begitu teruja untuk melihat aksi Pogba selepas ini dengan berharap agar beliau mampu untuk kekalkan rentak persembahan terbaiknya itu.

Aksi pertemuan bertemu Leeds United bakal menjadi tugas berat untuk setan merah, selepas skuad kendalian Marcelo Bielsa itu beberapa kali menjadi penghalang kepada pasukan besar untuk mengutip tiga mata penuh.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.