Pogba Beritahu Rakan Sepasukan Beliau Akan Tinggalkan Manchester United Musim Panas Ini

Paul Pogba telah memberitahu rakan sepasukannya bahawa beliau akan meninggalkan Manchester United pada jendela perpindahan musim panas ini.

Tidak dapat dinafikan lagi kredibiliti dan kehebatan Paul Pogba ketika beraksi di padang sehingga menjadi rebutan pasukan handalan dunia.

Musim lepas menyaksikan Pogba menjadi nadi penting Manchester United walaupun ketika itu Setan Merah agak bergelut.

Perpindahan musim panas yang lalu Pogba sudah menyatakan hasrat untuk pergi namun segalanya tidak menjadi dan Pogba kekal.

Musim 2019/20 Pogba jarang beraksi kerana dibelenggu masalah kecederaan demi kecederaan yang menghadkan aksi beliau kepada 6 perlawanan sahaja.

Pada perpindahan januari ini menyaksikan Pogba sekali lagi berhajat mahu meninggal namun kecederaan dialami menyebabkan beliau tidak dapat meninggal.

Jendela perpindahan musim sejuk baru saja tamat beberapa hari namun Pogba sudah menyatakan hasrat mahu meninggalkan lagi.

Menurut laporan Manchester Evening News, Real Madrid dan Juventus berminat untuk mendapat pemain tengah itu.

Sumber daripada bilik persalinan menyebut bahawa kepala otak Pogba kini tiada lagi di kelab dan rakan sepasukan juga tidak kisah jika beliau meninggal.

Pogba merupakan figura yang popular dikalangan pemain Setan Merah dan sesetengah daripada mereka lebih baik Pogba pergi.

Sebelum ini juga Pogba tanpa berselindung lagi untuk pergi mencari cabaran baru.

“Aku telah berada di Manchester United selama 3 tahun dan telah melakukan yang terbaik. Ada detik yang bagus dan ada masanya buruk.”

“Aku fikir inilah masa terbaik untuk aku mencari cabaran baru di tempat lain.”

https://twitter.com/RedDevilBible/status/1222473368944943105

Selepas beberapa kali menyatakan hasrat untuk berpindah dan baki kontrak pula tinggal 18 bulan dengan kecederaan melanda, sukar untuk Setan Merah menjual Pogba dengan harga yang tinggi.

Tahun lalu Setan Merah telah menilai pemenang Piala Dunia itu pada harga £180 juta dan kini sukar untuk mendapatkan angka yang dekat dengan nilai itu.

Setakat ini belum pasti bila Pogba akan kembali beraksi walaupun kerap kali dikatakan akan kembali dalam masa terdekat.

Kecederaan ini juga mungkin akan menutup peluang untuk Pogba beraksi bersama Perancis pada kejohanan EURO 2020 Jun ini.

Zinedine Zidane dikatakan masih lagi menaruh minat yang tinggi kepada Pogba untuk ke Real Madrid yang mungkin kerana faktor satu negara.

Mino Raiola juga lantang mengecam Manchester United kerana tidak melepaskan Pogba yang mahu meninggal.

Mino Raiola Berterusan Mengecam Manchester United

Super Ejen, Mino Raiola yang menjadi ejen kepada Paul Pogba telah membidas dan mengkritik pasukan Manchester United dengan sepenuh hati seperti sudah lama memendam.

Menurut Raiola, Paul Pogba tidak mahu meninggalkan Manchester United walaupun pelbagai spekulasi bertebaran mengenai masa depan pemain tengah berambut kreatif itu.

Setiap jendela perpindahan Pogba yang kini masih tercedera yang seperti tidak akan sembuh sering dikhabarkan bakal meninggalkan Setan Merah.

Pada musim panas 2018 heboh akan ke Barcelona, pada musim sejuk 2019 nak ke Manchester City pada musim panas 2019 Real Madrid menanti.

Bercakap kepada Telegraph, Raiola menyifatkan Pogba mahu kekal dan mahu menang sesuatu dengan Manchester United.

“Paul mahu menggapai kejayaan dan kegembiraan dan mahu menang hadiah dan beliau sangat suka untuk melakukan semua itu bersama Manchester United.”

“Okay gais, kalau korang nak tahu, Real Madrid ni minat gila nak beli Paul tapi Manchester United tak benarkan Paul pergi.”

“Kami tak buat kecoh dan Paul pun tak merungut mengenainya kerana aku kerja selaras dengan kehendak nafsu pemain.”

Raiola juga menjelaskan Pogba mahu bekerjasama bersama Zinedine Zidane kerana kurang dapat sokongan di Old Trafford dan sering menjadi kambing hitam.

Kadang-kala Raiola ini selalu melebih dalam perpindahan pemain belaannya kerana mahu mengaut wang yang lebih telah mengecam Gary Neville dan bekas pemain yang kritik Pogba.

“Ada la minat yang ditunjukkan Real Madrid tapi Setan Merah tak nak lepas dan aku minta maap kerana aku fikir Paul ni asal Perancis dan Zidane pula menjadi satu faktor penting dalam sejarah bola sepak Perancis.

“Paul ni bukan lelaki seperti yang Gary Neville dan sekumpulan bekas pemain yang kecewa yang selalu cakap ‘Paul patut malu sebab itu, patut malu sebab ini'”

“Nak malu apa Setan? Paul kerja keras setiap hari dan beri yang terbaik. Paul tak merungut pun tak beraksi di Champions League. Adakah Paul sempurna?”

“Tiada siapa yang sempurna. Adakah Paul bertanggungjawab dengan setiap kegagalan? Paul selalu rasa bertanggungjawab. Kalau kau dalam pasukan kau pun bertanggungjawab dengan kegagalan.”

Raiola menyifatkan Manchester United mempunyai mentaliti Amerika berbanding Eropah kerana mementing wang berbanding bola sepak.

“Secara jujurnya aku tengok Manchester United dan merasakan mereka mempunyai mentaliti Amerika berbanding Eropah.”

“Kadang-kala aku perati kelab lebih mementingkan aspek ekonomi daripada sukan dan itulah cara pemikiran Amerika.”

Kata-kata Raiola ini ada benarnya, pada musim lepas Ed Woodward sibuk mengikat perjanjian penajaan sehingga mengabaikan jual-beli pemain.

Hasilnya seperti Setan Merah kau tengok hari ini dan wujudlah jenama jamban di jersi.

Super Ejen berbangsa Itali itu terus meluahkan ketidakpuasan hati apabila turut mengkritik pengurusan Manchester United kerana tidak mempunyai pengarah bola sepak.

“Kelab ini memerlukan seorang pakar, pengarah sukan, seseorang yang boleh berada diantara pasukan, jurulatih dan pemilik. Seorang yang boleh menjadi penghubung.”

“Pada hari ni kau perlukan pakar kerana jurulatih tiada masa untuk menguruskan tinjauan bakat dan tugas-tugas lain dan aku rasa ini yang kurang di Manchester United.”

Sampai ke hal kelab Raiola bedal dan mempertahankan Pogba kaw-kaw walaupun mempamerkan aksi yang tidak berapa nak padan dengan harga dan gaji.

Itu belum lagi dengan aktiviti yang sering dimuat naik ke laman sosial dengan potongan rambut yang pelbagai.

Ejen berusia 52 tahun itu terus memuji pemain naungan beliau sebagai terbaik dunia dan tiada galang ganti kerana Pogba lagi diperah untuk Raiola hasilkan wang.

“Ada lagi ke pemain tengah lagi bagus dari Paul dalam dunia ni? Takdak! Nehi babuji! Hell No!”

“Kalau kau jual Pogba sekarang kau boleh beli yang lebih bagus? Tidak! Mana dia?”

Jika Manchester United membina pasukan bertunjangkan Pogba maka Setan akan mendapat yang terbaik daripada Pogba.

“Tapi kalau kau cipta identiti tersendiri mungkin kau akan menemui Paul yang sangat ideal.”

“Jika kau mahu bermain dengan dua pemain tengah bertahan kat mana Paul nak main Setan?”

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.