Pasukan gergasi Asia, Seoul FC menjamu kunjungan pasukan dari Malaysia iaitu Kedah.
Kedah mara ke pusingan akhir selepas menewaskan wakil dari Hong Kong sebelum ini iaitu, Tai Po FC.
Namun aksi di Korea Selatan memihak kepada Seoul FC. Mereka menepati ramalan, selaku pasukan pilihan untuk mara ke pusingan akhir Liga Juara Juara AFC.
Seoul FC berjaya menewaskan Kedah dalam aksi play off Liga Juara Juara AFC 2020. Sekaligus menamatkan cabaran Kedah dalam pusingan kelayakan kali ini.
Seoul FC ternyata di kelas tersendiri, seperti yang dijangka. Mereka mendominasi setiap aspek dalam perlawanan ini.
Kedah memiliki peluang awal menerusi Kipre. Namun lambungan beliau berjaya dinafikan penjaga gol pasukan lawan.
Shahril Saari cemerlang di gawang Kedah meskipun pasukannya kalah. Beliau menafikan banyak sekali percubaan Seoul FC, dalam aksi yang berlangsung di stadium Piala Dunia Seoul.
Tugas menjadi lebih mudah apabila Renan Alves dibuang padang. Ianya gara beliau menampan bola dengan tangan di dalam kotak penalti.
Insiden itu berlaku pada minit ke-37, selepas mereka berhempas pulas cuba menafikan gol pasukan lawan.
Selain daripada terpaksa beraksi dengan 10 orang pemain dalam baki perlawanan yang masih panjang, Kedah juga telah memberikan pasukan lawan sepakan penalti.
Renan Alves kelihatan sangat sedih meninggalkan padang kerana tahu beliau baru sahaja membuat tindakan yang tidak sepatutnya.
Bekas pemain Arsenal, Park Chu Yong dengan mudah menewaskan Shahril Saari menerusi sepakan penalti yang diberikan kepada mereka.
Separuh masa pertama berakhir dengan keputusan 1-0 memihak kepada pasukan tuan rumah. Kedah berterima kasih kepada aksi Shahril Saari yang cekap dan tangkas di gawang mereka.
Bersambung babak kedua, hanya empat minit diperlukan oleh pasukan tuan rumah untuk menambah satu lagi gol. Park Dong-Jin menjaringkan gol kedua pasukannya pada minit ke-49.
Kedah kemudian terus buntu dan sukar untuk berhadapan dengan pasukan dari Korea Selatan itu. mereka terpaksa berhempas pulas untuk mengelak daripada dibolosi dengan lebih banyak.
Walaubagaimanapun Kedah mendapat gol saguhati pada minit ke-52. Ianya selepas Osmar Barba tetampan bola ke gawang sendiri.
Namun begitu Osmar Barba menebus kesilapan beliau dan menambah lagi derita pasukan Kedah apabila berjaya menjaringkan gol ketiga untuk Seoul FC pada minit ke-63.
Ikromjon Alibaev seolah-olah menyapu garam pada luka sang Helang Merah. Beliau menjaringkan gol keempat Seoul FC pada masa kecederaan dan itu adalah gol terakhir pada malam itu.
Kemenangan ini bermakna pasukan Seoul FC berjaya menempatkan diri dalam pusingan akhir Liga Juara juara AFC.
Perjalanan pasukan Kedah berakhir di bumi Korea Selatan. Namun semangat dan komitmen mereka sepanjang kempen kelayakan ini sewajarnya dipuji.