Gerrard Pique menjadi viran dan bualan warganet selepas terselama diheret dengan kelajuan tinggi oleh Inaki William yang menyaksikan Barcelona tersingkir.
Pemain pertahanan Sepanyol itu teruk dikutuk kerana melakukan aksi kotor dan keji ketika cuba mengejar pemain Athletic Bilbao, Inaki William.
Barcelon yang melakukan 13 kekasaran telah mengutip enam kad kuning dan Athletic Bilbao hanya 3 kad kuning dengan 15 kekasaran.
Suami kepada penyanyi Shakira tidak mahu mengaku kalah selepas gagal untuk mengejar kelajuan yang luar biasa daripada Inaki William.
Inaki William telah melakukan satu gerakan mudah yang memalukan Pique sebagai seorang pemain pertahanan yang hebat.
Siempre tarde, Piqué. pic.twitter.com/SJ9FThuRJs
— La Resistencia en Movistar+ (@LaResistencia) February 6, 2020
Pemain penyerang Athletic Bilbao itu telah menolak bola melepasi Pique yang datang untuk menghalang percubaan melepasi beliau.
Pique tampak yang mengejar bola namun Inaki William terlalu laju dan pantas mendapatkan bola yang ditolak tadi.
Pique tiada pilihan dan melakukan aksi kotor dengan menarik baju Wiliam sehingga beliau sendiri diheret dan terseret kerana kelajuan William.
Walaupun diheret dengan laju, Pique tetap tidak melepaskan baju lawan sehinggalah Inaki Wiliam terjatuh dan mengalami kesakitan.
Inaki Williams ⚡ he destroyed Pique https://t.co/hNNQPiHu6p
— Riggers (@UniqueRiggers) February 6, 2020
Tindakan Pique tepat kerana tiada siapa yang mampu mengejar William jika berjaya melepasinya dan kad kuning adalah berbaloi.
Namun hantaran silang Ibai Gomez telah disudahkan dengan satu sundulan nipis oleh Inaki William yang melakukan satu sentuhan minima dengan kepalanya.
Namun sentuhan nipis itu sudah cukup untuk menewaskan Marc Ter Stegen dan membawa Athletic Bilbao mara ke separuh akhir.
I put a perfect Soundtrack Pon This..Pique ankasa he must retire 😂😂 pic.twitter.com/hm6uNmcHPq
— Content Nyame (@kwadwosheldon) February 6, 2020
Pada minit ke-80, Pique dikeluarkan kerana mengalami kecederaan dan digantikan dengan Samuel Umtiti.
Barcelona telah mengikut jejak langkah musuh tradisi dan musuh ketat zaman berzaman, Real Madrid apabila tersingkir di suku akhir Copa Del Rey.
Ini merupakan kali pertama Barcelona gagal ke separu akhir sejak 2010. Dari tahun 2011 hingga 2019 separuh akhir pasti milik Barcelona.
Pada tahun 2010, Barcelona gagal ke separuh akhir apabila ditewaskan Sevilla yang merupakan juara Copa Del Rey musim itu.
Ini merupakan kali pertama Real Madrid dan Barcelona tersingkir pada hari yang sama sejak 29 Mei 1955.
Pada tahun 1955 Barcelona disingkir oleh Athletic Club dan Real Madrid ditendang oleh Sevilla.