Manchester United semakin menghampiri kejuaraan Piala FA yang mereka idam – idamkan pada musim ini. Ianya selepas menewaskan Tranmere Rovers 6-0 dalam aksi di tempat lawan, dalam aksi pusingan keempat.
Tranmere cuba bermain perang saraf dengan Manchester United dengan menyatakan mereka tidak akan memperbaiki permukaan padang mereka yang teruk seperti bendang, hanya semata-mata kerana nak menyenangkan pihak lawan seperti Manchester United.
Namun begitu, Man United telah mengajar erti bola sepak sebenar kepada pasukan Tranmere yang cuba tunjuk lagaknya dengan tidak mahu memperbaiki padang mereka.
Harry Maguire membuka tirai jaringan dengan melepaskan rembatan padu dari luar kotak penalti. Tidak mungkin bola sepadu itu dapat diselamatkan oleh penjaga gol.
Itu adalah jaringan sulung pemain pertahanan termahal dunia itu bersama United sejak menyertai mereka pada awal musim ini.
Harry Maguire gets his first goal for Man Utd 🚀 pic.twitter.com/KQrrRKqHA0
— B/R Football (@brfootball) January 26, 2020
Tidak cukup dengan itu, Man United menambah satu lagi gol pada minit ke-13 menerusi pemain pertahanan Diogo Dalot.
Paling mencuri tumpuan adalah Lingard, yang turut menjaringkan gol ke-3 pasukannya pada minit ke-15. Pemain yang penuh dengan seni dan muslihat itu semakin digeruni di hadapan gol.
Malam Tranmere berubah daripada sukar menjadi tragedi apabila Phil Jones tidak mahu ketinggalan menunjukkan aksi mantap beliau dengan gol keempat. Sekaligus memberikan isyarat bahawa beliau selayaknya berada di dalam kesebelasan utama.
Ibarat aksi pertunjukan, Man United masuk ke bilik persalinan dengan gol kelima oleh Anthony Martial. Tanpa Marcus Rashford, United tetap memiliki pemain seperti Martial yang berkualiti tinggi.
Pada separuh masa kedua, Robin Van Persie baharu, Mason Greenwood telah menjadikan kedudukan enam kosong, menerusi penalti.
Man United ternyata terpaksa mengurangkan tempo dan mengawal nafsu mereka di hadapan gol bagi mengelakkan lawan terlalu teruk terkena tekanan emosi dan trauma.
Manchester United menang 6-0 dan mara ke pusingan kelima piala FA 2019/20. Sebelum ini Ole Gunnar Solskjar sudah menyatakan mereka mahu memenangi piala ini.
Ole melaungkan amaran itu sebelum aksi ini lagi. Beliau berkata: “Kami mahu menang perlawanan piala FA dan terus mara. Piala FA adalah kejohanan yang hebat, dan salah satu piala yang kita mahu untuk mara ke final dan menanginya.”
Ole 🗣️"We want to win the game and go through. The FA Cup is a fantastic tournament, it’s one we’d love to get to the final of and win it." pic.twitter.com/eb9nL31eLW
— Manchester United (@ManUtd) January 15, 2020
Kini Man United selangkah lagi untuk piala pertama mereka di bawah kendalian Ole Gunnar Solskjaer.
Dalam aksi semalam juga, para penyokong United menyatakan protes mereka ke atas Glazer dan Ed Woowdard. Mereka mahu Glazer dan Woodward melabur lebih banyak wang dalam pembentukan pasukan Man United.
Kesebelasan utama Tranmere: Davies, Caprice, Monthe, Clarke, Ridehalgh, Morris, Danns, Perkins, Blackett-Taylor, Ferrier, Jennings.
Kesebelasan utama Man Utd: Sergio Romero, Dalot, Lindelof, Maguire, Jones, Shaw, Matic, Pereira, Lingard, Martial, Greenwood