Pasukan liga bawahan League One, Tranmere Rovers melakukan salah satu kebangkitan luar biasa dalam Piala FA.
League One merupakan kelas ketiga di dalam piramid liga Inggeris. Tranmere berada di tangga ke-21 di dalam carta liga League One ketika ini.
Namun mereka tiada masalah untuk bangkit daripada ketinggalan 3 gol berhadapan dengan pasukan EPL iaitu Watford.
Watford, ketika ini sedang menikmati kehidupan yang indah di bawah Nigel Pearson. Jurulatih itu turut dicalonkan dalam senarai Jurulatih Terbaik Bulan Disember, bersama dengan Jurgen Klopp dan Ole Gunnar Solskjaer.
Salah satu mangsa mereka dalam bulan Disember adalah Man United yang merupakan gergasi England. Watford menang 2-0 ke atas pasukan handalan tersebut.

Watford dilihat meneruskan kecemerlangan mereka di dalam kempen piala domestik iaitu Piala FA.
Mereka nampak lebih yakin dengan mendahului lawan daripada liga bawahan itu dengan 3 gol berbalas kosong.
Dalam aksi yang berlangsung di Vicarage Road, Watford menjaringkan 3 gol pada separuh masa pertama menerusi Ayotomiwa Dele-Bashiru, Nathaniel Chalobah dan Roberto Pereyra.
Ketiga-tiga gol adalah menerusi rembatan deras yang tak mampu untuk diselamatkan oleh penjaga gol.
Ianya seolah olah sudah cukup untuk melayakkan mereka ke pusingan keempat.
Watford menikmati separuh masa pertama dengan dominasi dan gerakan berbahaya ke segenap sudut padang.
Namun pada separuh masa kedua, Tranmere melakukan kebangkitan luar biasa menerusi 3 gol oleh Connor Jennings, Emmanuel Monthe dan Paul Mullin.
Gol pertama Tranmere awalnya dibatalkan. Namun selepas diperiksa menerusi VAR, pengadil memberikan gol itu.
Gol ketiga Tranmere adalah menerusi sepakan penalti yang pada awalnya tidak diberikan. Namun VAR mengesahkan kekasaran dilakukan pemain Watford.
Ini sekaligus membolehkan Tranmere Rovers mendapatkan perlawanan ulangan yang akan dibawa ke tempat mereka selepas ini.
64th minute: Watford 3-0 Tranmere
65th minute: Watford 3-1 Tranmere
78th minute: Watford 3-2 Tranmere
87th minute: Watford 3-3 TranmereWhat a HUGE come-back from the visitors!!! 😱😱😱 pic.twitter.com/wcIDnmUmPN
— Footy Accumulators (@FootyAccums) January 4, 2020
Lebih malang apabila Roberto Pereyra dibuang padang pada minit akhir perlawanan. Ia jelas sekali menunjukkan kepasrahan dan kecewa di dalam diri pemain Watford.
Watford melakukan 9 pertukaran dalam kesebelasan utama mereka kerana lawan mereka adalah pasukan yang dianggap boleh dijinakkan.
Ia adalah salah satu kebangkitan luar biasa berlaku dalam Piala FA. Dan akan disemadikan dalam lipatan sejarah kelab kecil itu sampai bila-bila.
Tranmere at Watford today, what a day for those fans 3-0 down at HT to come back and draw 3-3. The lad that sent the post in said they’re the best fans he’s seen at Vicarage Road for years. #TRFC 👏 pic.twitter.com/v42yBsOvyV
— The Away Fans (@theawayfans) January 4, 2020