Piala FA 2019/20: Bournemouth 1 Arsenal 2

Arsenal berjaya mengatasi cabaran daripada sebuah pasukan Liga Perdana Inggeris, Bournemouth pada pusingan keempat Piala FA musim 2018/19.

Pasukan bimbingan Mikel Arteta turun dengan ramai pemain muda dalam aksi kali ini. Lawan mereka merupakan pasukan yang sudah beberapa kali memberikan masalah kepada mereka dalam beberapa musim ini.

Arsenal memulakan aksi dengan sangat bertenaga di atas padang. Mereka tidak menunggu lama untuk gol pendahuluan.

Hanya baru masuk minit ke-5, bintang masa depan mereka Bukayo Saka sudah pun merembat masuk bola.

Satu teknik sepakan yang sangat padu dan tidak mampu diselamatkan penjaga gol. Letaklah sesiapa sahaja penjaga gol di gawang itu, pasti akan hanya mampu melihat bola tergolek di belakang.

Ianya dilakukan oleh Saka yang seperti dirasuk saka Saka sendiri.

Gol itu adalah hasil daripada semangat kerjasama berpasukan yang mekar di dalam pasukan Arsenal, yang tidak dimiliki pasukan lain termasuk juara dunia dalam aksi sebelum ini.

Mereka melakukan 22 hantaran melibatkan 10 orang pemain dalam build up hanya untuk satu gol itu. Bagi mereka yang membeli tiket perlawanan ini pastinya berpuas hati dipersembahkan dengan pemain bola sepak yang sebenar.

Arsenal terus menguasai perlawanan dan membuatkan lawan mereka terpaksa hanya bertahan di bawah dan menyerap asakan mereka.

Namun sampai bila Bournemouth boleh bertahan? dengan beberapa siri asakan bertubi-tubi terus dilancarkan oleh Arsenal ke arah kubu mereka.

Arsenal menyerang dengan kepantasan dan keinginan sebagai seorang pemenang. Serangan dengan permainan yang cantik, secantik jersi mereka.

Setiap gerakan pasukan Arsenal sangat lancar, jujur, iklhas dan sukar untuk dikekang. Mujurlah penyokong Bournemouth tak cepat sentap dan meninggalkan stadium awal melihat pasukan mereka dipermainkan di atas padang.

Setelah lama bermain-main dan menghiburkan hati dengan lawan mereka, Arsenal memutuskan untuk menambah satu lagi gol menerusi seorang lagi pemain muda iaitu Eddie Nketiah.

Penyerang muda yang baru kembali daripada pinjaman di Leeds itu membuktikan kepada dunia bahawa beliau selayaknya beraksi dalam pasukan edit seperti Arsenal.

Nketiah berlari ibarat gerakan tanpa bayang yang tidak dapat dikesan pertahanan. Dan menyambar bola untuk gol kedua pasukan Arsenal. Gerakan kilat itu hanya mampu dilihat pada pemain seperti Cristiano Ronaldo.

Bukayo Saka terlibat sekali lagi dalam gol ini dan terus cemerlang dengan rekod penglibatan beliau di dalam gol Arsenal.

Masuk babak separuh masa kedua, Bournemouth cuba memperbaiki permainan mereka kerana tahu mereka sedang dalam masalah jika tidak mengubah gaya permainan mereka.

Bournemouth mulai mencipta beberapa Siri gerakan ke arah kubu pasukan Arsenal.

The Gunner kemudian dilihat agak mengendurkan tempo permainan mereka. Bournemouth tampil dengan gaya lebih lasak dan fizikal pada separuh masa kedua.

Bournemouth mendapat gol saguhati lewat perlawanan menerusi Sam Surridge. Ia memang sudah terlalu lambat untuk The Cherries cuba bangkit dalam aksi ini.

Namun Arsenal terpaksa meratapi kecederaan seorang lagi pemain pertahanan mereka Shkodran Mustafi yang terpaksa diusung keluar padang. Semoga cepat sembuh kepada Mustafi.

Wisel penamat dibunyikan oleh pengadil dan Arsenal berjaya menang 2-0 ke atas Bournemouth di Vitality Stadium. Ini bermakna tiada kejutan dilakukan oleh pasukan underdog pada kali ini.

Lawan Arsenal pada pusingan kelima Piala FA 2019/20 adalah Portsmouth. Satu pertarungan yang dijangka menarik.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.