Arsenal terus mengukir kemenangan demi kemenangan dan kemenangan lagi di bawah kendalian pengurus berbakat besar, Mikel Arteta
Kali ini Leeds menjadi mangsa Arsenal ketika pasukan itu berkunjung ke stadium keramat yang digeruni semua lawan The Gunner.
Arsenal melakukan beberapa perubahan di dalam kesebelasan utama untuk merehatkan beberapa pemain utama termasuk Pierre-Emerick Aubameyang.
09/01/2012: Mikel Arteta captains Arsenal for the first time in a 1-0 FA Cup win against Leeds.
06/01/2020: Mikel Arteta manages in Arsenal in the FA Cup for the first time in a 1-0 win against Leeds.
The Magic of the #FACup pic.twitter.com/U6YuEMxfL5
— Squawka Football (@Squawka) January 6, 2020
Namun ia bukan masalah besar apabila anda memiliki pasukan yang ada Nicolas Pepe, Lacazette dan Ozil.
Alexander Lacazette diberikan tanggungjawab memakai lilitan kapten pasukan yang dikenali dengan kemampuan untuk memusnahkan lawan dengan gerakan kilat itu.
Separuh masa pertama Arsenal agak tertekan dengan aksi bertenaga Leeds United. Namun kita semua tahu keupayaan Arsenal bangkit pada separuh masa kedua.
Leeds diberikan peluang dan ruang yang besar oleh pertahanan Arsenal yang dalam proses mencari rentak.
Leeds memiliki 3 peluang keemasan pada separuh masa pertama hasil daripada 15 percubaan ke arah gol dan 5 yang tepat.
Namun Emiliano Martinez langsung tak memberikan peluang kepada pasukan Leeds untuk mengaibkan mereka di kandang sendiri.
Separuh masa kedua, kegeniusan Arteta terserlah apabila pertukaran taktikal beliau membuatkan Arsenal menjadi beast yang kita kenali selama ini.
Arteta mengarahkan para pemainnya memberikan pengajaran berguna untuk dibawa Leeds ke Liga Championship.
Arsenal menguasai bola dengan pelbagai gerakan pantas dilakukan.
Pemain muda berbakat besar, Reiss Nelson menghukum pertahanan Leeds dengan gerakan lipas kudung di hadapan gol.
Reiss Nelson at the Emirates:
– 4 Games.
– 2 Goals.
– 2 Assists.His playground!🏟 #afc pic.twitter.com/X9DqKwy5KV
— now.arsenal (@now_arsenaI) January 6, 2020
Leeds gagal untuk mengawal kemaraan Arsenal pada separuh masa kedua. Semua serangan mereka dipatahkan dengan mudah.
Berlaku beberapa insiden agak tegang di antara pemain. Namun pengadil berjaya mengendalikan keadaan dengan sebaiknya kerana kedua dua pasukan adalah sangat tertib dan menghormati pengadil.
Satu gol sahaja sudah memadai buat Arsenal untuk menyingkirkan pasukan Leeds United daripada saingan.
Arsenal mara ke pusingan keempat Piala FA 2019/20.
Lawan mereka adalah Bournemouth. Pasukan EPL sejati haruslah bertemu pasukan EPL kan? Itulah Arsenal yang dicemburui kehebatannya oleh musuhnya.
Tiada timbal balik untuk perlawanan ini.
Arsenal: Martinez, Sokratis, Luiz, Holding, Nelson, Guendouzi, Xhaka, Kolasinac, Ozil, Pepe, Lacazette.
Subs: Leno, Ceballos, Mavropanos, Willock, Martinelli, John-Jules, Saka.
Leeds United: Meslier, Ayling, Berardi, White, Douglas, Phillips, Alioski, Gotts, Klich, Harrison, Bamford.
Subs: Cooper, Casilla, Dallas, Helder Costa, Davis, Stevens, Casey.
Berikut adalah undian penuh bagi pusingan keempat:
Watford or Tranmere vs Wolves or Manchester United
Hull vs Chelsea
Southampton vs Middlesbrough or Tottenham
QPR vs Sheffield Wednesday
Bournemouth vs Arsenal
Northampton Town vs Derby County
Brentford vs Leicester
Millwall vs Sheffield United
Reading or Blackpool vs Cardiff or Carlisle
West Ham vs West Brom
Burnley vs Norwich
Bristol Rovers or Coventry vs Birmingham
Manchester City vs Fulham
Rochdale or Newcastle vs Oxford United
Portsmouth vs Barnsley
Bristol City or Shrewsbury vs Liverpool