Piala Carabao: Liverpool Terima Akibat Kerana Turunkan Pemain Tak Sah

Akibat menurunkan pemain yang tak sah berhadapan dengan MK Dons, Liverpool dijatuhkan hukuman oleh FA England.

Sesebuah pasukan yang menurunkan pemain yang tak sah, boleh menerima hukuman, termasuk disingkirkan daripada pertandingan.

Dalam aksi menentang MK Dons pada pusingan ke-3, Jurgen Klopp memasukkan Pedro Chrivella yang  masih belum menyelesaikan urusan sijil perpindahan antarabangsa beliau daripada kelab sebelum ini.

Chirivella memang pemain Liverpool, namun beliau dipinjamkan ke kelab Sepanyol musim lalu, Extremadura.

FA dalam kenyataan mereka mengenakan Liverpool hukuman £200,000 kerana kesalahan itu.

Namun begitu, Liverpool tidak disingkirkan daripada kejohanan. Ini bermakna, Liverpool akan berhadapan dengan Arsenal dalam pusingan ke-4 seperti yang telah dijadualkan.

Walaubagaimanapun, £100,000 daripada denda itu akan dibayar pada musim hadapan, jika mereka mengulangi kesalahan serupa selepas ini.

Liverpool menerima hukuman itu dan menyatakan mereka kesal dengan kesulitan di atas perkara itu.

Liverpool sudah menghantar permohonan kepada FA England pada Julai lalu, dan FA membenarkan Chirivella didaftarkan dalam pasukan liga perdana 2, ataupun liga simpanan.

Oleh itu, pertimbangan oleh FA adalah berdasarkan kebenaran yang diberikan ke atas pemain itu dalam liga.

Kes yang sama berlaku pada 2014, di mana Sunderland menurunkan Ji Dong Hwon dalam piala EFL, serta 4 perlawanan liga.

Liverpool pastinya lega kerana tidak disingkirkan daripada pertandingan.

Liverpool kini berada di kedudukan teratas liga. Mereka juga bakal beraksi dalam Piala Dunia Kelab edisi 2019, selepas menjuarai UCL pada musim lalu.

 

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.