Piala Carabao: Liverpool Berdepan Penyingkiran Kerana Turunkan Pemain Tak Sah

Liverpool berhadapan dengan hukuman disingkirkan daripada Piala Carabao Kerana menurunkan pemain tidak sah ketika menentang MK Dons.

Liverpool diundi berhadapan dengan Arsenal pada pusingan ke-4. Ia dianggap sebagai pertemuan tumpuan selain daripada Manchester United berhadapan dengan Chelsea.

Namun kini, The Reds mungkin akan disingkirkan lebih awal, sebelum sepak mula di Anfield untuk aksi pusingan ke-4.

Masalah ini dipercayai berkaitan dengan status sijil perpindahan Pedro Chrivella yang musim lalu bermain sepanjang musim secara pinjaman di Extremadura.

Chrivella masuk pada separuh masa kedua dalam aksi menentang MK Dons di mana Liverpool menang 2-0 dalam perlawanan tersebut.

Chrivella masih belum ada status kewarganegaraan yang jelas. Liverpool sudah menghantar permohonan pada Julai lalu. Perkara ini hanya boleh diselesaikan dengan campur tangan oleh FA England.

Liverpool menyatakan mereka sedar akan perkara ini. Dan yakin mereka akan dapat mengelak daripada hukuman disingkirkan daripada kejohanan Piala Carabao.

Liverpool enggan memberikan komen lanjut kerana masih berurusan dengan pihak berkuasa.

Kali terakhir pasukan melakukan kesalahan yang serupa adalah pada 2014. Ini apabila Sunderland menurunkan pemain tak sah, Ji Dong-Won dalam 4 perlawanan.

Namun Sunderland hanya dikenakan denda kerana kesalahan itu bukanlah kesalahan seperti menurunkan pemain yang digantung ataupun kesalahan lain.

EFL dalam kenyataan mereka sedang dalam proses mempertimbangkan perkara yang melibatkan Liverpool ini.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.