Mohamed Trézéguet telah menjadi wira Aston Villa, apabila gol masa kecederaan beliau telah membawa mereka ke final Piala Carabao.
Pemain kebangssaan Mesir itu melakukan gol lewat perlawanan yang dramatik untuk membantu pasukannya ke Wembley pada 1 Mac akan datang.
We're going to Wembley…
AGAIN! 🤩#AVFC pic.twitter.com/swXjb40e4T
— Aston Villa (@AVFCOfficial) January 28, 2020
Mahmoud Ahmed Ibrahim Hassan meminjam nam Trezeguet, daripada idola beliau David Trezeguet.
Dean Smith menyifatkan gol final mereka itu adalah gol buatan Mesir. Ini kerana pemain yang melakukan assist ialah Ahmad El Mohamady yang masuk sebagai pemain gantian.
Ini merupakan final pertama Aston Villa untuk piala domestik, selepas kali terakhir melakukannya pada 2015. Namun ketika itu mereka tewas final 4-0 di tangan Arsenal.
Dan kali terakhir Aston Villa menang piala Carabao / piala liga adalah pada 1996. Lawan mereka di final, sama ada Manchester United ataupun Manchester City yang akn membuat perhitungan kedua selepas ini.
Leicester pasukan yang lebih baik, dengan lebih banyak mencipta peluang. Namun ketajaman di hadapan gol yang memisahkan mereka.
James Maddison menguji Nyland pada awal perlawanan, namun percubaan itu ditepis oleh penjaga gol dari Norway itu.
Jack Grealish kemudian mencipta peluang gol yang disudahkan oleh Matt Targett paa minit ke-12.
Grealish melakukan hantaran yang sungguh licik kepada rakannya itu, seolah olah ada mata tambahan di belakang kepalanya.
Penjaga gol Villa, Nyland juga sangat cemerlang pada aksi kali ini. Beliau menjadi bidan terjun selepas Tom Heaton cedera. Seterusnya pemain yang mereka pinjam iaitu, Pepe Reina juga cedera.
Dengan aksi cemerlang beliau semalam, mungkin namanya akan diberikan penghargaan untuk beraksi di final. Selain menafikan percubaan Maddison, beliau juga menafikan percubaan Youri Tielemans.
#avfc goalkeeper Ørjan Nyland in the EFL Cup:
• vs Liverpool – 7 saves from shots inside the box
• vs Leicester (1st leg) – 5 saves from shots inside the box
• vs Leicester (2nd leg) – 3 saves from shots inside the boxSent Villa on their way to Wembley 👏👏👏 🧤 pic.twitter.com/LZsdgBf9mN
— Premier League Panel (@PremLeaguePanel) January 28, 2020
Pada minit ke-72, Leicester akhirnya menyamakan kedudukan menerusi Kelechi Iheanacho. Bekas pemain Man City itu menjaringkan gol daripada tap in jarak dekat.
Kelechi Iheanacho has scored the:
— Most goals by a Nigerian in the FA Cup (10)
— Most goals by a Nigerian in the League Cup (8)
You love to see it 🇳🇬 pic.twitter.com/HQx3kRGOF6
— Soar Super Eagles (@SSE_NGA) January 28, 2020
Agregate kedua dua pasukan terikat 2-2 dengan jaringan tersebut.
Namun stadium Villa Park menjadi gila meraikan gol pada masa kecederaan oleh Trezeguet.
Trezeguet menyambar hantara El Mohamady dengan teknik percubaan yang luar biasa. Cross dari El Mohamady itu sangat jitu dan tepat.
Aston Villa menang 2-1 dan mara ke final Piala Carabao 2019/20.
Para penyokong Villa turut menceroboh masuk ke padang sebaik sahaja wisel penamat ditiup.
Aston Villa man of the match Nyland celebrating with the fans at full-time shows the journey he has been on! 👏 pic.twitter.com/GhLcEbCpL2
— Football Daily (@footballdaily) January 28, 2020
Para penyokong Villa dan pemain meraikan kemenangan itu dengan penuh semangat. Ia sangat bermakna bagi mereka.
https://youtu.be/0K1kqgM1S0E
Pasukan diturunkan:
Aston Villa (3-4-3) Nyland 8; Konsa 7, Mings 7, Hause 7; Guilbert 6 (Elmohamady, 84), Luiz 6, Nakamba 7, Targett 7; El Ghazi 6 (Trezeguet, 77), Samatta 5 (Davis, 67), Grealish 8.
Substitutes Sarkic, Chester, Lansbury, Hourihane. Booked Konsa, Luiz.
Leicester (3-4-1-2) Schmeichel 6; Soyuncu 6, Evans 6, Chilwell 6; Ricardo 6, Ndidi 6, Tielemans 6, Barnes 6 (Gray, 86); Maddison 6; Iheanacho 6, Perez 5 (Vardy, 56).
Substitutes Ward, Justin, Benkovic, Praet, Albrighton. Booked Soyuncu.
Referee: Mike Dean