Philippe Coutinho telah menyatakan bahawa beliau tidak pernah menyesal meninggalkan Liverpool yang saban hari semakin tidak boleh dibawa berbincang hebatnya sejak Coutinho pergi.
Ketika Barcelona mendambakan Coutinho, pemain Brazil itu merupakan pemain terbaik Liverpool di masa itu dan Liverpool tidak mungkin hidup tanpa Coutinho.
Namun sebaliknya berlaku Liverpool tabah menghadapi situasi dengan jayanya dan dengan tanda harga £105 juta, Coutinho tidaklah seperti ketika bersama Liverpool.
“Klopp is an incredibly loyal manager but he expects that loyalty to come back the other way and I think he felt he didn’t have that with Coutinho.
“I think some people have short memories of how badly he behaved.” [@JamesPearceLFC] pic.twitter.com/daqUJjLWRD
— Anfield Edition (@AnfieldEdition) February 12, 2020
Pemain berusia 27 tahun itu mengakui kepada Sports Illustrated bahawa beliau tidak pernah menyesal meninggalkan Anfield dan masih optimis dengan kariernya.
“Aku tidak akan menoleh kebelakang. Aku memilih haluan yang lain dan aku sekarang dalam perjalanan yang lain sama seperti orang lain.
“Aku fokus sepenuhnya sama seperti mereka(Liverpool) untuk mencapai impian aku. Aku gembira dengan apa aku lakukan pada masa lalu dan kini aku hanya memandang ke depan.”
Berbicara mengenangi kegemilangan Liverpool sekarang, Coutinho nyata gembira dan kehebatan Liverpool bukan satu kejutan buat beliau.
“Kita sudah melihatnya tahun lalu ketika menjuarai Champions League. Tetapi aku juga tidak terkejut kerana mereka mempunyai skuad dan pengurus yang hebat.”
“Aku gembira untuk mereka keran aku mempunyai ramai kawan di sana, bekas rakan pasukan. Jadi aku sangat gembira untuk mereka, tapi itu je lah.”
Sejak meninggalkan Liverpool, Coutinho telah memenangi dua gelaran La Liga bersama Barcelona namun menang La Liga seperti satu rutin saban tahun buat mereka.
😭😭😭 pic.twitter.com/wJuwtXFgKt
— henos (@nfekir7) October 18, 2018
Tiada impak daripada Coutinho untuk Barcelona kerana tanpa pemain itu Barcelona akan tetap bergelar juara.
Selepas kurang enam bulan Coutinho meninggalkan The Kops, pasukan bimbingan Jurgen Klopp itu telah mara ke perlawanan akhir Champions League.
Oleh kerana Coutinho ke Barcelona pada bulan Januari maka beliau tidak dapat beraksi di Champions League untuk pasukan barunya ketika itu.
Tahun 2019 menyaksikan Liverpool sekali lagi mara ke final dan kali ini Liverpool berjaya merangkul kejuaraan ke-6 dalam sejarah kelab.
📰 — Coutinho fails again. For the third consecutive game in the league, he starts on the bench and when he comes on, struggles to provide anything. [md] pic.twitter.com/4ALBSTzGxm
— Barça Universal (@BarcaUniversal) February 12, 2020
Ketika ini, Liverpool hanya menunggu masa untuk meraih gelaran juara Premier League, hanya enam kemenangan saja diperlukan dalam baki 13 perlawanan.
Musim 2019/20 menyaksikan Coutinho tidak lagi diperlukan dan dipinjamkan ke Bayern Munich dengan pilihan belian tetap tetapi gergasi Jerman itu nyata tidak berminat.
Coutinho akan dikembalikan semula ke Camp Nou pada penghujung musim ini. Mumngkin, inilah perjalanan yang dimaksudkan Coutinho. Menarik bukan?
Philippe Coutinho's option to buy is reduced from €120m to around €80m. However, the Brazilian didn't convince with his performances and is therefore unlikely to stay [SportBild] pic.twitter.com/r2kiwIFwst
— Bayern & Germany (@iMiaSanMia) February 12, 2020
Bekas pemain Espanyol itu hanya bermula daripada kesebelasan utama untuk 12 perlawanan musim ini dengan enam gol dan enam assist.
Bayern Munich lebih berminat mendapatkan Kai Havertz di musim panas akan datang. Liverpool juga dikaitkan dengan Coutinho tetapi seperti tidak diperlukan.
Barcelona juga sudah tidak tahan dengan Coutinho dan rela menurunkan harga kepada £77 juta dan berharap ada yang berminat.
Couitnho sudah menyatakan bahawa beliau hanya memandang ke depan sekarang walaupun laluan sukar menanti.