Phil Foden mempamerkan aksi midfield berkelas dunia yang sungguh mengagumkan ketika aksi pertemuan Manchester City bertemu Brighton awal pagi tadi.
Foden menunjukkan bahawa beliau bakal menjadi salah seorang bintang besar dalam dunia bola sepak selepas aksi yang dipamerkan dalam kemenangan 1-0 City menewaskan Brighton.
Pemain berusia 20 tahun itu menjaringkan satu-satunya gol dalam perlawanan ini, dan apa yang menariknya lagi, beliau turut mencipta ruang sendiri dalam usahanya untuk menjaringkan gol itu.
Phil Foden is now Manchester City's top goalscorer of the season with 8 goals in all competitions β½ pic.twitter.com/8uYBRtEJCc
— B/R Football (@brfootball) January 13, 2021
Beliau menemui ruang yang selesa untuk menerima bola hantaran dari Kevin De Bruyne, lalu membawa bola masuk ke dalam kotak penalti dan menggelecek melepasi empat orang pemain sebelum melepaskan rembatan padu menerjah jaring gawang gol Brighton.
Jaringan solo yang luar biasa hebat itu menjadikan Foden sebagai salah seorang penjaring terbanyak Manchester City musim ini dengan sudah menjaringkan lapan gol dalam semua pertandingan musim ini.
Namun begitu, bukan hanya larian dan gol jaringannya saja yang mencuri tumpuan dalam perlawanan ini.
Foden turut melepaskan sisi Zinedine Zidane yang ada dalam dirinya ketika terlibat dalam satu insiden dengan beliau melakukan double roulette untuk menewaskan dua pemain lawan di bahagian midfield.
Another match winning performance from @PhilFoden The real deal π #Class pic.twitter.com/7JkpXKpE2B
— Paul Dickov (@OfficialPDickov) January 13, 2021
Adam Webster terpaksa beberapa kali mengasari Foden dengan pemain Brighton itu jelas tidak boleh mengawal pemain kebangsaan England itu dengan baik sehinggalah bintang City itu digantikan dengan Raheem Sterling.
Raheem Sterling masuk pada minit ke-82 permainan dan telah dipertanggungjawabkan untuk menyempurnakan sepakan penalti yang dihadiahkan kepada Manchester City di masa kecederaan permainan.
Sayangnya, bekas pemain Liverpool itu gagal menyempurnakan sepakan penalti tersebut seterusnya gagal untuk mendapatkan tambahan jaringan City dalam perlawanan ini.
Phil Foden secara rasminya telah diumumkan sebagai pemain terbaik dalam perlawanan ini dan dengan aksi yang beliau persembahkan beliau selayaknya menerima anugerah tersebut.
Filth Foden: pic.twitter.com/FAxVYB80Tw
— Gary Lineker π (@GaryLineker) January 13, 2021
Para peminat di sosial media memberi pujian yang menggunung kepada pemain muda itu dengan ramai yang menyatakan bahawa dengan usianya yang belum mencecah 21 tahun, Foden membuktikan beliau mampu untuk mendominasi kesemua pasukan dalam saingan premier league.
Phil Foden is bringing football home in 2022 and there's nothing anyone can do about it π pic.twitter.com/NMaHEMAf2W
— ODDSbible (@ODDSbible) January 13, 2021
“Phil Foden sekali lagi mempamerkan rentak aksi persembahan yang cemerlang.”
Tulis Gary Lineker di laman twitter miliknya ketika perlawanan sedang berlangsung.
“Walaupun tidak selalu diturunkan, beliau merupakan penjaring terbanyak untuk Manchester City dalam semua pertandingan musim ini. Bakat yang luar biasa hebat.”
β Phil Foden (aged 20 years & 230 days) is the youngest midfielder to reach 10 career PL goals since Dele Alli (20 years & 7 days) in April 2016.
π΅ Heβs now @ManCityβs top scorer in all competitions this season with 8 goals pic.twitter.com/57uuMGvaKp
— Sky Sports Statto (@SkySportsStatto) January 13, 2021
12 – Phil Foden has been directly involved in 12 goals in all competitions this season (7 goals & 5 assists), the most of any U21 player for Premier League sides. Star. pic.twitter.com/sBwf296lAd
— OptaJoe (@OptaJoe) January 10, 2021
Jaringan tunggal dari Phil Foden mengesahkan kemenangan 1-0 Manchester City menewaskan Brighton dan mereka kini melonjak ke tangga ketiga dalam saingan liga di atas Leicester City dan Everton.
The Citizens kini mengintai peluang untuk memintas Liverpool dan Manchester United dengan mereka masih ada kelebihan satu perlawanan yang belum dimainkan.