PGMOL Back Up VAR, Tak Mahu Man United Teraniaya

Professional Game Match Officials Limited (PGMOL) merupakan badan yang menyelia pada pegawai dan juga peraturan dalam Liga Perdana Inggeris.

Mereka terdiri daripada panel yang bijak pandai, bukannya kaki sembang di media sosial.

Di kalangan mereka merupakan bekas-bekas pengadil bertaraf dunia serta pegawai-pegawai perlawanan yang sangat cekap.

PGMOL telah mengesahkan bahawa pengadil adalah tepat untuk tidak memberikan gol kepada Dominic Calvert-Lewin ketika berhadapan dengan Manchester United.

Ini kerana pengadil merujuk kepada VAR dan mendapati Gylfi Sigurdsson berada dalam kedudukan ofsaid di depan David De Gea, ibarat melukut di tepian gantang.

Kedudukan bekas pemain Spurs itu didapati mengganggu pandangan penjaga gol terbaik dunia, David De Gea untuk melakukan penjimatan.

Calvert-Lewin merembat bola rendah dan menerjah gawang. Gol itu mulanya disahkan oleh pengadil Chris Kavanagh.

Namun VAR selaku teknologi penuh keadilan dan kesaksamaan menentang keputusan yang berbentuk penganiayaan kepada Man United itu.

Lalu VAR menegakkan keadilan demi Manchester United. Gol itu dibatalkan. Tiada belas kasihan di dalam menegakkan keadilan.

Walaubagaimanapun protes diteruskan oleh para penyokong Everton bagi para pemain termasuk Carlo Ancelotti sebaik sahaja wisel penamat dibunyikan.

Dan tidak kurang juga para penyokong jadian pasukan Everton yang mahu melihat United kalah.

Akibat kes ini terlalu rumit maka ia telah dirujuk kepada PGMOL. Dan hari ini PGMOL mengesahkan bahawa pengadil telah melakukan tugasan dengan cemerlang dan keputusan itu adalah tepat.

Maka tidak perlulah perkara ini terus diperdebatkan di dalam media sosial kerana ianya sudah disahkan oleh pihak yang ahli.

Seterusnya ianya dibantu oleh satu teknologi yang sangat canggih dan bernilai berjuta-juta dolar.

Kenyataan oleh PGMOL berbunyi: “Keputusan pengadil di atas padang telah menghadiahkan gol itu. Namun beliau memberitahu pengadil bahawa Sigurdsson offside kerana telah menghalang penglihatan David de Gea.”

“Keadaan itu jelas sekali telah membiarkan impak kepada keupayaan De Gea untuk melakukan save.”

Bekas kapten Man Utd, Roy Keane pula merasakan keputusan itu adalah tepat.

Keane berkata: “Saya rasa dia berada selari dengan bola. Dan saya tak rasa De Gea boleh menyelamatkan bola itu. Namun jika gol itu diberikan, pastinya Ole akan membantah.

“Sigurdsson patut keluar daripada kawasan itu dan saya tak faham pun atas alasan apa Everton tidak setuju dengan keputusan pengadil itu.”

Manchester United berjaya membawa pulang satu mata dari Goodison Park.

Everton daripada awal perlawanan selepas David De Gea melakukan kesilapan bodoh.

Namun pemain terbaik EPL musim ini, Bruno Fernandes berjaya menyamakan kedudukan menerusi satu jaringan yang sangat cantik.

Gol tersebut pastinya akan dicalonkan untuk anugerah Puskas.

Manchester United kini meneruskan cabaran mereka untuk menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris di empat tempat teratas.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.