Kecemerlangan bintang Norwich, Teemu Pukki membolehkan beliau berjaya memenangi Anugerah Pemain Terbaik PFA untuk bulan Ogos.
Kemenangan Pukki ini adalah hasil undian daripada para penyokong yang teruja melihat persembahan beliau setakat ini.
Kejayaan Pukki itu telah diumumkan secara rasmi oleh PFA.
๐ค Teemu Pukki has been nominated for the PFA @BristolStMotors Fans' Player of the Month!
โญ #fantasypremierleague@NorwichCityFC | #ncfc | #pfafansaward
Vote now ๐ https://t.co/su5HP8WTeL pic.twitter.com/K7r5fAmkfa
โ Professional Footballers' Association (@PFA) August 31, 2019
Teemu Pukki berjaya menjaringkan 5 gol sepanjang Ogos. Bulan pertama Norwich beraksi di EPL, daripada Liga Championship musim lalu.
Kehebatan Pukki terserlah dengan impak yang beliau berikan dalam setiap perlawanan. Pukki turut merobek gawang Chelsea dan Liverpool, yang merupakan 2 pasukan big 6.
Ketika berhadapan dengan Newcastle, Teemu Pukki berjaya mencatat hatrik EPL pertama beliau, dalam sejarah kariernya.
Pukki merupakan pemenang anugerah penjaring terbanyak Liga Championship musim lalu, dan juga Anugerah Pemain Terbaik EFL Championship.
Beliau merupakan nadi utama Norwich dalam kejayaan mereka pulang semula ke Liga Perdana Inggeris musim ini.
Teemu Pukki in the Premier League:
๐ 4 games
โฝ๏ธ 5 goals
๐ ฐ๏ธ 1 assist
๐ August PFA Fans' Player of the Month.The Pukki party is only getting started ๐ฅ pic.twitter.com/CnIuSRSHyX
โ 433 (@433) September 2, 2019
Nama Pukki mulai meniti bibir peminat EPL, selepas aksi cemerlang beliau. Pukki antara nama yang mulai berada di dalam pasukan fantasi para pengurus FPL.
Pukki menewaskan 2 pemain Manchester City, Kevin De Bruyne dan Raheem Sterling, serta Tyrone Mings, Ashley Barnes, dan pemain muda Chelsea โ Mason Mount.
Rata-rata peminat EPL bersetuju dengan pemilihan Pukki pada kali ini.
Thanks to your votes, Teemu Pukki has been named the PFA Premier League Player of the Month! ๐๐ #ncfc pic.twitter.com/Pw14sRSYQm
โ Norwich City FC (@NorwichCityFC) September 2, 2019
Walaubagaimanapun, di sebalik kehebatan aksi Pukki, pasukan beliau masih bergelut dengan prestasi. Norwich kini berada di tangga ke-19, selepas menang sekai dan tewas 3 kali.