Peter Crouch percaya Manchester City bakal memintas Liverpool dan bakal menjuarai saingan liga musim hadapan sekiranya mereka menandatangani bintang Barcelona, Lionel Messi.
Skuad kendalian Pep Guardiola gagal untuk mempertahankan kejuaraan saingan liga mereka musim lalu selepas menyerahkan mahkota kejuaraan kepada Liverpool.
The Reds selesa menjuarai saingan liga perdana Inggeris musim lalu dan mendahului City dengan kelebihan 18 mata.
Peter Crouch: Manchester City would win title with Leo Messi https://t.co/jpfwNADJco
— Nigeria Newsdesk (@NigeriaNewsdesk) September 3, 2020
Tetapi legenda Sepanyol berusia 49 tahun itu tidak menunggu lama untuk memperbaiki barisan skuad sedia ada dengan menandatangani Ferran Torres dan Nathan Ake.
Pep Guardiola membawa masuk kedua-dua pemain itu sebagai langkah untuk memperkemas barisan pemain bagi menghadapi saingan liga musim baharu nanti.
City kini sedang dikaitkan dengan perpindahan sensasi pemain terbaik dunia, Lionel Messi selepas ketua pasukan Barcelona itu meminta untuk meninggalkan Nou Camp bulan lalu.
Crouch yang kini berusia 39 tahun itu telah menegaskan bahawa ketibaan pemenang enam kali gelaran ballon d’or itu ke Etihad akan mengubah perjalanan untuk memutuskan Juara liga musim hadapan.
Bekas pemain Stoke City itu memberitahu Paddy Power dalam satu temu bual:
“Bayangkan sekiranya City berjaya untuk menandatangani Messi?”
Repost – Peter Crouch: Manchester City would win title with Leo Messi – https://t.co/ZVjRxbgimm pic.twitter.com/y4HmNYCaSY
— MindsetOfAMogul (@MyFunkyBdayTv) September 3, 2020
“Saya suka melihat mereka bermain sekarang, mereka mempunyai kelas tersendiri. Dan sejujurnya, seandainya mereka mendapatkan Messi, saya fikir ianya akan mengubah keputusan atau keraguan sama ada mereka mampu memenangi liga atau tidak.”
“Musim ini merupakan tahun terakhir Pep Guardiola bersama City mengikut kontraknya, dan dia telah menjadi pengurus terbaik untuk pasukan. Satu-satunya yang beliau tidak berjaya adalah di pentas Eropah bukan?”
“Gagal untuk menjuarai saingan liga Juara-juara sedikit mengganggu beliau, tetapi perubahan yang dia bahawa sejak dari mula mengendalikan skuad sungguh mengagumkan.”
“Dia berjaya membawa City ke tahap yang cukup luar biasa, tetapi sesetengah orang mungkin tidak akan melihatnya sebagai seorang pengurus yang berjaya seperti pengurus lain hanya kerana diukur melalui kejayaan di pentas liga Juara-juara.”
Peter Crouch: Manchester City would win title with Leo Messi https://t.co/jpfwNADJco
— Nigeria Newsdesk (@NigeriaNewsdesk) September 3, 2020
“Ianya merupakan satu-satunya Piala yang paling diidamkan oleh mereka. Saya rasa Guardiola telah membawa sesuatu yang baru di pentas premier league. Dunia bola sepak yang dia bawa sungguh mengagumkan. Dia merupakan pengurus terbaik.”
“Tetapi gagal untuk membawa City menjuarai saingan liga Juara-juara memang mengganggunya.”
Menurut laporan terbaru, Manchester City sudah melampirkan tawaran yang sungguh luar biasa untuk memastikan Messi ke Etihad musim hadapan.
Tetapi kini Messi yang sepatutnya sudah tamat kontrak bersama Barca musim hadapan, dilaporkan sudah membuat pusingan u dari keputusan awalnya untuk meninggalkan Nou Camp.
Here's what Peter Crouch thinks https://t.co/fMuDVajiHk
— Liverpool FC News (@LivEchoLFC) September 3, 2020
Beliau telah bersetuju untuk kekal setahun lagi bersama Barcelona sebelum dibenarkan untuk meninggalkan kelab itu selepas tamat musim 2021.
Barcelona berusaha sehabis baik untuk terus menyimpan bintang Argentina itu dan tidak membenarkannya keluar melainkan kelab menerima bayaran klausa perlepasan beliau yang bernilai £624 juta.