Petanque adalah sukan yang sudah wujud sejak awal 1900-an lagi. Sukan ini mulai popular di Perancis pada 1907 dan berkembang pesat pada 1910 di La Ciotat.
Sukan ini mirip dengan sukan boling padang tetapi ianya menggunakan bola yang jauh lebih kecil.
Versi asal sukan ini dicipta oleh Jules le Noir yang digelarkan jeu provençal. Kemudian Ernest Pitiot mengambil inisiatif untuk mengadakan pertandingan petanque profesional di Perancis pada 1945.
Ernest Pitiot orang yang bertanggungjawab menubuhkan French Petanque Federation Fédération Française de Petanque et Jeu Provençal (FFPJP).
Petanque dan versi jeu provençal digabungkan menjadi FFB ataupun Fédération Française de Boules. Kejohanan awal petanque FFB dahulu dikuasai oleh pasukan Lyonnaise.
Sekitar tahun 1945-1950 ada 130,000 pemain petanque profesional di Perancis yang bermain dalam pelbagai divisten. FFB memiliki 10,000 ahli berdaftar ketika itu.
Pada 2002, Fédération Internationale de Pétanque et Jeu Provençal (FIPJP) berjaya mengumpul ahli seramai 600,000 orang dari 52 buah negara di dunia.
Satu ketika dahulu, bola petanque adalah diperbuat daripada kayu . Pemain akan menunggu giliran masing-masing untuk melakukan balingan. Rakan lain boleh membantu untuk menunjukkan arah balingan yang harus dibuat.
Komunikasi antara pemain sangat tinggi. Dan keputusan untuk melakukan balingan adalah kolektif. Shooter akan cuba menolak bola pemain lawan jauh daripda bouchon. Kini bouchon juga dikenali sebagai jack.
Pemain boleh membaling atau menggolekkan bola dari kawasan / bulatan khas. Sukan ini dimainkan sehingga 3-4 jam. Kerana ianya sangat santai.
Walaupun di Perancis ada banyak versi petanque. Tetapi versi universal yang biasa dimainkan di temasya serantau adalah berdasarkan jeu provencal. Peraturan asas sukan ini sangat mudah.
Ini kerana ia boleh dikira sukan rakyat dan riadah orang di Perancis satu ketika dahulu selepas penat seharian di ladang.
Bola petanque berdiameter sekitar 35cm – 50cm. Manakala bouchon akan diletakkan dalam jarak 6-10 meter daripada bulatan pemain.
Ketika melepaskan bola kaki pemain perlu ada di dalam bulatan, sama ada 1 kaki ataupun kedua-dua kaki. Cabaran sukan ini adalah permukaan tempat mereka bermain.
Ada kalanya ia dimainkan di gelanggang yang keras, lembut, rumput tebal, rumput nipis, pasir, tanah liat dan pelbagai lagi. Seterusnya, pemain perlu bijak untuk bermain dengan bola yang kadangkala berat dan juga saiz tak sama.
Pelbagai teknik yang boleh digunakan pemain yang melakukan balingan ataupun digelar pointer. Pointer yang bagus boleh melakukan lencongan, dan putaran bola yang kuat sama ada untuk memecahkan bola pasukan lawan ataupun meletakkan bola mereka berdekatan dengan jack.
Pointer yang bagus juga boleh melakukan balingan tepat dari jarak 6-11 meter. Anda bayangkan anda sedang bermain guli dan membalingnya agak terkena guli yang lain dari jarak jauh.
Balingan terbaik digelar carreau. Satu balingan dengan putaran (spin) yang kuat di udara dan kena pada sasaran. Carreu ini biasanya memberikan pasukan mereka boule tambahan kerana bola itu sekarang berada dalam kedudukan memperoleh mata.
Satu lagi balingan yang baik digelar palais. Palais adalah satu balingan yang menolak bola pihak lawan jauh daripada jack. Palais yang terbaik dilakukan dalam pusingan kedua terakhir. Ini kerana ia membolehkan pasukan anda berpeluang untuk menang dalam balingan terakhir.
Palais harus dilakukan dengan kekuatan yang bersesuian agar tidak menghancurkan kedudukan bola pasukan anda. Pasukan yang paling awal mendapat 13 mata dikira pemenang.
Untuk acara perseorangan. Setiap pemain akan diberikan 3 balingan berturut-turut. Untuk acara berpasukan (beregu dan regu) setiap pemain akan melakukan 6 balingan mengikut pusingan.
Pusingan ini digelar round, inning ataupun frame. Mata akan dikira untuk setiap satu pusingan. Pasukan yang memilik bola (boule) yang paling dekat dengan jack akan mendapat 1 mata.
Mata tambahan akan dikira untuk bola-bola lain yang ada berdekatan jack dan juga boule terbaik pihak lawan.

Boule terbaik pihak lawan maksudnya adalah boule pihak lawan yang paling hampir dengan jack. Tetapi bukan mereka pemenang pusingan tersebut kerana boule anda yang paling dekat.

Jadi untuk acara beregu dan regu, satu pasukan boleh mendapat sehingga 6 mata dalam satu pusingan. Perlawanan akan berlangsung shingga ada pasukan yang mendapat mata kemenangan.
Ada beberapa strategi yang dirangka. Kadangkala anda perlu untuk melakukan pecahan kepada bola lawan berbanding dengan melakukan percubaan mendekati bouchon/jack.
Ini biasanya dilakukan ketika bola pihak lawan terlalu banyak berdekatan dengan jack ataupun bola anda berada di kedua paling hampir. Mereka akan mengambil kira berapa banyak lagi baki balingan yang mereka ada dan juga yang pohak lawan masih ada.
Walaupun sukan ini nampak santai tetapi ia tetap sukar dan pemain perlu memiliki skil dan perancangan strategi yang rapi
Rujukan
1. Petanque.org
2. Labouleny
3. Wikipedia