Pemain tengah Arsenal, Mesut Ozil sebelum ini tampil mengkritik dasar China ke atas etnik Uighur.
Ozil menyeru agar negara-negara Islam melakukan sesuatu ke atas penindasan dan diskriminasi oleh China ke atas Uighur di Xinjiang.
Ozil dalam kenyataannya membidas tindakan China yang menekan umat Islam Uighur. Masjid dirobohkan, para ilmuan Islam dipenjara dan para pendakwah pun ditindas.
Ozil juga menempelak tindakan China yang memaksa masyarakat Uighur berkahwin dengan lelaki China dan meninggalkan agama Islam.
#HayırlıCumalarDoğuTürkistan 🙏🏼 pic.twitter.com/dJgeK4KSIk
— Mesut Özil (@MesutOzil1088) December 13, 2019
China berang dengan kenyataan Ozil dan sudah memberikan amaran agar pemain itu tidak campur tangan dalam urusan dalaman negaranya.
Arsenal kemudian menyatakan mereka tidak mahu dikaitkan dengan pandangan peribadi Mesut Ozil di dalam hal tersebut.
China sebelum ini mengarahkan siaran langsung Arsenal vs Manchester City dibatalkan tayangannya di China.
Ramai peminat Ozil di China bertindak membakar barangan cendera mata Ozil. Malah ada yang menuduh Ozil sebagai pengkhianat kepada peminatnya di China.
Tidak terhenti di situ, China turut mengharamkan wajah Ozil dalam permainan video Pro Evolution Soccer 2020 di China.
Ini gara-gara mereka menuduh Ozil sebagai pembenci China dan menyebarkan kebencian di seluruh dunia.
Malah mereka menuduh Ozil sebagai tidak tahu cerita yang sebenar.
NetEase, merupakan penerbit kepada Pro Evo Soccer di China. Dan mereka mengesahkan mereka sudah mengeluarkan nama Ozil daripada kesemua 3 permainan utama mereka.
https://twitter.com/footy90com/status/1207644575537549312
NetEase dalam kenyataannya berkata: “Pemain Jerman, Mesut Ozil telah mengeluarkan kenyataan extreme menerusi media sosial.”
“Kenyataan Ozil membuatkan penyokong di China terluka dan ianya ucapan yang mencabuli semangat cinta dan kedamaian di dalam sukan. Kami tidak faham apa yang cuba disampaikan Ozil, terima ataupun memafkannya.”
Ketika ini beberapa wartawan melaporkan sekitar sejuta umat Islam Uighur telah dipaksa tinggal di kem untuk di’brain wash’.
Kem tersebut sangat sukar diakses dan tahap keselamatannya yang sangat tinggi.
Arsenal sudah mengeluarkan kenyataan mereka tidak ada kaitan dengan kenyataan Mesut Ozil di media sosial.
Arsenal berkata: “Berkenaan dengan komen oleh Mesut Ozil di media sosial, Arsenal perlu menejelaskan keadaan ini.”
“Semua yang diterbitkan oleh Ozil itu adalah pandangan peribadinya. Sebagai sebuah kelab bola sepak, Arsenal sentiasa berpegang kepada prinsipnya yang tidak terlibat dalam sebarang isu politik.”
Sementara itu, Menteri Luar China, Geng Shuang menuduh Ozil terpedaya dengan berita palsu dan menyuruh Ozil melawat sendiri daerah Xinjuang.
“Saya tak pasti jika Encik Ozil sebelum ini pernah datang sendiri ke Xinjiang? Nampak seperti beliau sudah terpengaruh dengan berita palsu, dan pendirian beliau dipengaruhi dengan banyak perkara tidak tepat.”
“Jika Encik Ozil ada kelapangan dan peluang, kami sangat mengalu – alukan kedatangan beliau ke Xinjuang untuk melihat sendiri keadaan.”
Sebelum ini China pernah mengenakan tekanan ke atas NBA kerana ada beberapa individu dalam NBA yang mengkritik dasar China ke atas Hong Kong dan menyokong perjuangan penunjuk perasaan Hong Kong.