Pertarungan Michael Phelps vs Great Si Ikan Jerung Putih, Apa Keputusannya?

Leo Maestro 2 tahun yang lalu

Michael Phelps adalah perenang terbaik yang pernah lahir di muka bumi buat ketika ini. Sebelum ini pasukan Nat Geo ‘mengadakan’ perlumbaan di antara Usain Bolt dengan seekor cheetah.

Sudah beberapa siri perlumbaan manusia dengan haiwan diadakan. Banyak keputusan memihak kepada haiwan.

Kali ini pihak Discovery mengadakan perlumbaan Phelps dengan seekor ikan paus pula. Phelps memiliki 28 pingat emas di rumahnya. Kini beliau sudah bersara.

Julai lalu beliau menyahut cabaran itu. Pastinya soalan pertama daripada Phelps, ‘adakah saya akan berenang di sebelah ikan paus itu?’

Jawapannya tidak! Mereka akan dilepaskan secara berasingan pada satu jarak. Ianya sebahagian dariapda program Discovery Channel sempena Shark Week.

Phelps mengakui teruja untuk menjadi wakil spesis manusia berhadapan dengan hidupan air yang lain.

“Saya sudah lama menantikan saat-saat seperti ini,” kata Phelps ringkas.

Ada 2 paus yang akan ditentangnya. Pertama spesis paus putih yang diberi nama Great White Shark. Yang kedua adalah paus spesis ‘hammerhead’.

Satu peranti khas dipasang pada kedua-dua ikan paus tersebut untuk merakamkan kepantasan mereka. Peranti ini memang sudah lama wujud dan dimiliki oleh pasukan Discovery.

Umpan khas akan ditarik untuk dikejar oleh ikan paus tersebut. Ujian masa yang pertama ialah untuk si paus hammerhead. Hammerhead mencatatkan kelajuan maksimum 24 km/j dengan melepasi 50 meter dalam masa 15 saat.

Ia jauh meninggalkan Michael Phelps yang mencatatkan renangan dengan kelajuan maksimum 5.5 km/j ketika mencipta rekod dunia 100 meter di Kejohanan Dunia 2009.

“Jujurnya, apabila saya melihat nama ikan paus akan menjadi pesaing, saya tahu memang tipis harapan saya nak menang.”

Giliran Phelps turun berenang di lautan Bimini pada jarak 50 meter. Phelps menggunakan monofin untuk memastikan dia boleh berenang dengan rangsangan kelajuan di kakinya seperti ikan paus.

Phelps mencatatkan masa 18.7 saat untuk 50 meter. Walaupun dia gagal menewaskan Hammerhead untuk jarak 50 meter tetapi, Phelps ternyata meningkatkan rekod maksimum beliau kepada 9.65 km/j dengan peralatan monofin.

Ianya jauh lebih laju daripada rekod terbaik beliau ketika di Kejohanan Dunia dahulu.

Giliran paus putih pula. Paus putih dengan mudah menewaskan Phelps dan Hammerhead apabila mencatatkan kelajuan 42km/j. Paus putih boleh mengekalkan kelajuan maksimum itu agak lama untuk jarak 100 meter dalam masa 36.1 saat.

Paus putih tersebut berenang di Pantai Mossel, Afrika Selatan.

Michael Phelps vs Great White Shark

Pasukan Discovery Channel mendapati ikan paus boleh mengekalkan kelajuan maksimum agak lama namun ada satu ketika ikan paus memperlahankan renangan untuk mendapatkan semula kekuatan.

Lalu, Michael Phelps diberikan peluang untuk berenang pada jarak 100 meter pula. Phelps setuju kerana beliau berpendapat dirinya lebih kepada perenang jarak jauh berbanding dengan jarak singkat.

“Saya memang seorang perenang jarak jauh. Harapnya kali ini keadaan memihak kepada saya.”

Monofin diperbaiki untuk membantu Phelps mendapatkan lebih daya henjutan di dalam renangan beliau. Air di pantai Binimi, Afrika Selatan jauh lebih sejuk daripada kolam renang olimpik.

Phelps ternyata tidak gemar dengan darjah kesejukan yang hampir 2 kali ganda.

“Saya perlukan banyak peralatan khas untuk berenang di kolam lebih sejuk. Saya tidak suka kolam sejuk.”

Antara perlatan khas yang dimaksudkan Phelps ialah sut renang beliau yang ditukar kepada sut yang sesuai. Namun kali ini Phelps cuma ada 1 sut renang yang nipis.

Ikan paus pula secara semulajadi boleh meningkatkan suhu badan mereka dalam keadaan air yang sejuk.

Satu visual khas diwujudkan di mana, ikan paus dan Phelps dilihat berenang bersebelahan. Ianya dilakukan dengan CGI. Namun pihak Discovery Channel mengesahkan mereka tidak memanipulasi sebarang catatan dan kelajuan renangan Phelps dan ikan paus putih itu.

Ramai peminat kecewa kerana Phelps tidak betul betul berenang di sebelah ikan paus. Agak gila juga penonton yang mahukan Phelps berbuat demikian.

Tristan Guttridge, Saintis yang mengetuai program ini menegaskan memang mustahil untuk mereka meletakkan Phelps berenang bersebelahan dengan ikan paus putih itu.

Phelps mengesahkan dia dan ikan paus dilepaskan pada 2 masa yang berbeza pada jarak yang sama.

Guttridge menganggap perlumbaan ini seperti kura-kura dan arnab. Phelps adalah kura-kura. Mana tahu tiba-tiba ikan paus itu berhenti berehat.

Jadi siapa yang menang?

Phelps berenang pada jarak 100 meter dengan catatan 38.1 saat. Manakala paus putih pula mencatatkan masa 36.1 saat. Hanya 2 saat mengatasi Phelps.

Pada satu ketika Phelps mencatatkan kelajuan 14.2km/j dan lebih laju daripada paus putih. Namun selepas 25 meter, ikan paus berenang lebih laju. Dan Phelps mewakili manusia mengucapkan tahniah kepada ikan paus.

Phelps berkata:

“Sebelum saya terjun ke sana, saya tahu air itu sangat sejuk dan untuk kami perenang, kami tidak akan berenang dalam air pada suhu tersebut. Ia berisiko untuk badan. Saya hanya ada satu sut renang nipis dan saya rasa seperti membeku.”

“Saya gembira dengan pingat perak!”

Namun begitu Phelps tetap kagum dengan makhluk tuhan yang mampu berenang laju sepanjang hidup mereka di dalam air sesejuk itu.

“Saya kagum melihat hidupan yang hidup di dalam air sejuk seperti ini dan masih boleh berenang sekitar 40km/j.”

Jom saksikan sedikit bingkisan di sini:


SHARE ()