Pada 26 Mac, 2004, salah satu perseteruan terhebat dalam tenis dan serta dalam sukan dunia. Ramai yang mengiktiraf ia perseteruan terbesar di dalam sukan. Itu pandangan masing-masing.
Perseteruan ini juga digelar sebagai Fedal Rivalry.
Roger Federer dan Rafael Nadal bertemu buat kali pertama di Miami pada 2004. Nadal yang baru berusia 17 tahun, yang menduduki tempat ke-34 di dunia, melakukan kejutan ke atas pemain no.1 dunia, Roger Federer.
Sejak dari hari itu mereka telah bermain menentang satu sama lain sebanyak 37 kali. Rafael Nadal memenangi 23 daripadanya.
Menjadikan Nadal sebagai antagonis kepada Federer yang berimej lebih tenang dan budiman. Nadal pula lebih agresif dan sentiasa bersedia merosakkan parti Federer. Sehinggalah beliau sendiri berdiri menjadi no.1 dunia.
Perseteruan ini dibawa ke tahap tertinggi.2 pemain ini memegang rekod kemenangan berturut-turut terbanyak dalam era moden.
Nadal digelar jaguh tanah liat kerana memengang rekod 81 kemenangan berturut-turut di tanah liat. Federer juga memegang rekod 81 perlawanan tanpa dikalahkan di gelanggang biasa dan 65 rekod kemenangan berturut-turut di gelanggang rumput.
Banyak kejayaan Grand Slam di antara mereka berdua dengan 33 dimenangi oleh 2 nama ini. Fedex dengan 18, Nadal dengan 15 Grand Slam.
Terbaik Sepanjang Zaman
Kedua-dua mereka sentiasa menghasilkan perlawanan yang berkualiti walaupun Nadal beberapa kali bermain dalam keadaan kecederaan. Namun untuk berhadapan dengan Federer, Nadal tidak ada alasan untuk akur dengan kesakitannya.
Antara perlawanan yang diingati adalah final di Wimbledon 2008, mereka bertarung selama 4 jam dan 48 minit dalam 5 set.
Ini juga merupakan final Grand Slam Wimbledon berdurasi paling panjang. Nadal mengakhiri rekod 65 perlawanan tanpa kalah Federer di gelanggang rumput. Agak ironi apabila Nadal adalah jagoan tanah liat mematikan rekod jagoan gelanggang rumput yang tidak merasa kekalahan dalam masa 5 tahun.
Nadal-Federer menduduki tanggan 2 teratas dalam ranking jelajah ATP sejak dari Julai 2005 Julai sehingga 17 Ogos 2009.
Federer menduduki rangking tempat ke-1 dengan rekod 237 minggu berturut-turut sehingga Ogos 2008. Tahukah anda siapa yang menolak beliau ke tangga ke-2? Ya! Rafael Nadal.

Pengulas dan penganalisis lebih melihat Nadal sebagai lawan yang keras dan bergantung kepada kekuatan pukulan. Federer pula lebih kepada ‘masterstroke’ dalam skil dan teknik. Federer memiliki pukulan backhand yang luar biasa.
Dengan sifat Nadal yang lebih ofensif dan Federer yang lebih kepada ‘game-reading’, ini yang menjadikan perseteruan mereka berkualiti tinggi. Jika Federer juga agresif seperti Nadal, kemungkinan perseteruan ini kurang keseimbangan.
Nadal memiliki rekod kemenangan lebih baik dalam pertemuan mereka. Namun Federer memiliki rekod kejuaraan yang lebih banyak berbanding Nadal.
Pada 2017, Federer memegang rekod sepanjang zaman untuk kejuaran Grand Slam dengan 19 kejuaraan. Beliau memenanginya 10 di gelanggang keras (court), 8 gelanggang rumput dan 1 di tanah liat.
Nadal menjadi pemain kedua dengan gelaran Grand Slam terbanyak dengan 15 kejuaraan. 10 di tanah liat, 3 di gelanggang keras dan 2 di gelanggang rumput.
Nadal memengang rekod 30 kejuaraan Masters, sama dengan Novak Djokoic. 22 kejuaraan beliau adalah dari gelanggang tanah liat dan 8 lagi dari gelanggan keras.
Federer memiliki 26 kejuaraan Masters dengan 20 dari gelanggang keras, 6 lagi dari gelanggang tanah liat.
Nadal menghalang Federer menjuarai kejohanan Monte Carlo sebanyak 3 kali, dari 2006 sehingga 2008. Nadal menewaskan Federer 2 kali di final Rome (2006, 2013).
Pada 2005, Federer menggagalkan Nadal di final Miami dalam pertarungan 5 set, selepas Nadal memenangi 2 set awal. Federer bangkit untuk menang 3 set seterusnya.
Nadal dan Federer bertemu 37 kali di gelanggang keras. Federer menang 10 dan Nadal menang 9. Manakala di lapangan tanah liat, Raja tanah liat, Nadal mendominasi 13 kemenangan daripada 15 pertemauan dengan Federer.
Mereka bertemu 3 kali di gelanggang rumput dan Federer menang 2 daripadanya.
Dari Musuh Kepada Rakan Karib
Selepas bertahun mereka menjadi seteru di dalam dan luar gelanggang. Lama-kelamaan mereka menghargai antara satu sama lain dan menjadi rakan baik.
Panasnya perseteruan ini dahulu membuatkan ramai pihak bertelagah dan bergaduh termasuk wartawan yang membangkitkan sentimen pro-Nadal dan pro-Federer.
Sehingakan satu ketika Federer membuat kenyataan media pada 2010 menegur semua pihak agar lebih tenang menikmati perseteruan beliau dan Nadal.
Pada Januari 2017, mereka bertemu buat pertama kali setelah 6 tahun tidak bertemu. Nadal berkata:
“Jika dahulu, perlawanan di antara kami lebih panas. Ramai peminat tidak bercakap dengan satu sama lain. Mereka mengharapkan yang salah seorang daripada kami akan menang untuk melenyapkan ego penyokong satu lagi.”
“Namun kini ianya tidak perlu lagi menjadi begitu.”
Daripada permusuhan panas, penyokong dan peminat Fedal kini lebih merasakan pertemuan di antara 2 legenda ini sebagai detik untuk dinikmati.
Kedua-dua mereka sudah dalam fasa akhir karier mereka. Tenis yang mereka pernah sajikan kepada dunia tenis sangat hebat.
3 pertemuan 2017 di antara mereka, Federer menang kesemuanya. Namun apresiasi peminat lebih tinggi untuk nama Nadal-Federal sebagai satu entiti berbanding dengan terlalu menjulang nama pemenang.
Federer dan Nadal sentiasa menunggu aksi bertemu di dalam gelanggang untuk mengingati dan menghidupkan detik gemilang mereka sejak lebih 10 tahun yang lalu.

Federer pernah berkata:
“Rafa telah memberikan saya cabaran paling sukar dalam perlawanan. Saya bertemu beliau banyak kali. Beliau ada teknik ‘shot’ unik yang menjadikannya pemain istimewa. Saya sangat menghormati beliau.”
Itulah serba sedikit tentang perseteruan Fedal ini. Nadal unggul dalam pertarungan ini, namun Federer unggul dengan jumlah kejuaraan.
Nadal vs Federer, akan kekal menjadi antara perseteruan yang kita semua akan rindui suatu hari nanti, jika kedua-dua legenda ini bersara.