Persenda Phil Jones, Twitter Minta Maaf Selepas Man Utd Buat Aduan

Twitter terpaksa memohon maaf selepas Manchester United membuat aduan rasmi mengenai satu ciapan yang mempersendakan Phil Jones.

Akaun rasmi Twitter UK @Twitter UK pada Selasa menulis satu ciapan berbunyi: ‘Namakan seorang pemain bola sepak yang lebih hebat dari Phil Jones’.

Ciapan tersebut pantas dianggap sebagai gurauan kasar yang tidak sepatutnya dilakukan, apatah setelah Jones sering kali menjadi mangsa gurauan kerana memek muka anehnya ketika perlawanan.

Beberapa pengguna (dipercayai penyokong Man United) telah membuat aduan dan Twitter turut dikritik kerana seolah-olah menggalakkan buli cyber di platform mereka.

Ciapan Twitter UK itu turut membuatkan pegawai di Old Trafford tidak senang sehinga menyebabkan pihak kelab menghubungi Twitter.

Baru-baru ini Twitter memperkenalkan ciri tambahan bertujuan untuk membanteras buli cyber di platform mereka.

Ciri tersebut membenarkan pengguna untuk memilih siapakah yang boleh membalas ciapan yang dimuat naik.

Ironinya, Twitter ketika dihubungi oleh Sportsmail menjelaskan ciapan mengenai Jones itu adalah bertujuan untuk memperkenalkan ciri tambaha tersebut.

“Ia bukan niat kami membuatkan ada pihak marah. Apabila kami menyedari kesipalan tersebut datangnya dari pihak kami, ciapan tersebut segera dipadamkan,” ujar Twitter melalui satu kenyataan.

 

 

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.