Selangor telah berjaya menewaskan Kelantan dengan jaringan dua gol tanpa balas dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Muhammad ke-IV, Kota Bharu.
Kemenangan ini telah menamatkan rekod sembilan perlawanan persahabatan pra-musim tanpa kalah Kelantan di Kota Bharu.
Perlawanan separuh masa pertama tamat tanpa sebarang jaringan dan ada sinar untuk Kelantan mempertahankan rekod 810 minit tanpa kalah.
Namun dua jaringan Selangor pada babak kedua hasil jaringan Safuwan Baharudin dan Taylor Regan memberi kemengan kepada Selangor.