Perlawanan Pertama Chelsea Tanpa Tiga Penandatanganan Baru Mereka

Chelsea akan turun beraksi menentang Brighton & Hove Albion dalam perlawanan pertama saingan liga musim baru ini dengan ketiadaan tiga penandatanganan baru mereka.

Frank Lampard telah menambah baik skuad kendaliannya pada musim baru nanti dengan menandatangani enam pemain baru pada jendela perpindahan musim panas ini.

Chelsea merupakan pasukan yang paling banyak berbelanja pada jendela perpindahan musim panas ini dengan menandatangani enam pemain dan tiga darinya merupakan pemain bintang yang diburu oleh banyak kelab gergasi lain.

Para peminat sudah tidak sabar untuk menyaksikan keenam-enam pemain tersebut untuk turun beraksi bersama skuad the blues.

Namun harapan peminat untuk menyaksikan perkara tersebut tidak akan berlaku pada perlawanan pertama untuk Chelsea pada hari Isnin nanti.

Hakim Ziyech, Ben Chilwell dan Thiago Silva merupakan tiga pemain yang sudah disahkan tidak akan dapat diturunkan pada perlawanan pertama untuk skuad kendalian Frank Lampard.

Hakim Ziyech mengalami masalah kecederaan lutut ketika perlawanan pra musim sepuluh hari yang lalu dan Ben Chilwell pula kini sedang di rawat atas masalah yang sama.

Sementara itu, Thiago Silva pula sehingga kini masih lagi belum mengikuti sesi latihan bersama skuad Chelsea.

“Hakim Ziyech mengalami masalah kecederaan lutut ketika beraksi bertemu Brighton dalam satu perlawanan persahabatan, dan dia masih belum pulih sepenuhnya. Semoga saja dia akan kembali cergas dalam tempoh beberapa minggu lagi. Kita akan terus memantau.”

Jelas Lampard dalam satu sesi sidang media.

“Chilwell sekarang sedang berusaha untuk mendapatkan fitness beliau tetapi dia masih belum cergas. Dia sudah terbiasa di sini dan sudah bertambah baik, jadi ianya berita yang sungguh baik.”

“Thiago kini sudah berada di London tetapi dia masih belum mengikuti sesi latihan bersama kami sehingga hujung minggu nanti, jadi saya tidak rasa dia sesuai untuk diturunkan dalam perlawanan bertemu Brighton nanti. Selain dari mereka, kesemua pemain lain cergas untuk diturunkan.”

Duo dari Jerman, Timo Werner dan Kai Havertz kelihatannya mungkin akan diturunkan oleh Frank Lampard dalam perlawanan tersebut kerana kedua-dua pemain itu sudah bersedia untuk beraksi.

Chelsea menamatkan saingan liga musim lalu dengan berada di kedudukan keempat dan dengan penandatanganan seramai enam orang pemain pada musim panas ini meletakkan mereka sebagai salah satu pencabar untuk menjadi calon Juara musim baru nanti.

Chelsea juga masih lagi sedang dalam perundingan untuk menandatangani seorang lagi pemain dari pasukan Rennes, Edouard Mendy yang sudah hampir untuk dimuktamadkan.

Pemain midfield West Ham United, Declan Rice juga masih lagi kekal berada dalam senarai buruan mereka untuk di bawa ke Stamford Bridge.

Walau bagaimanapun, bekas pemain kebangsaan England, Frank Lampard sendiri mengakui bahawa beliau tidak menyasarkan kejuaraan liga pada musim ini.

Lampard lebih mengarahkan Liverpool dan City yang akan lebih dominan untuk menjuarai saingan liga musim baharu nanti.

“Saya faham andai orang melihat Chelsea sebagai pencabar dan saya harap peminat Chelsea juga akan teruja dengan pemain-pemain berprofil tinggi yang kami bawa masuk kali ini.”

“Tetapi saya juga tahu apa yang perlu dilakukan untuk memenangi gelaran liga. Manchester City dan Liverpool telah mendominasi liga dalam tempoh beberapa tahun ini. Saya harap kami akan semakin bagus.”

“Kami tahu pengharapan terhadap kami terlalu tinggi, tetapi kami hanya mahu menambah baik dan tidak terlalu yakin dengan diri sendiri.”

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.