Perkongsian Peribahasa Oleh DBP Cuit Hati Penyokong Bola Sepak Dalam Negara

Apa itu peribahasa? Peribahasa merupakan pernyataan emosi melalui ungkapan tersurat, untuk menggambarkan emosi, kekecewaan atau pernyataan ketidakmampuan.

Kebiasaannya ia didatangkan di dalam bentuk ungkapan atau kalimat ringkas padat, berisi perbandingan, perumpamaan, nasihat, prinsip hidup atau aturan tingkah laku.

Ia amat sesuai dengan ciri-ciri dan gaya hidup masyarakat Melayu yang menitikberatkan kesantunan bahasa, tidak bercakap sekadar main lepas dan meluahkan perasaan tidak puas hati secara terang-terangan.

Disebabkan itulah penggunaan peribahasa di kalangan rakyat Malaysia kekal relevan sehingga ke hari ini. Dan usaha memelihara penggunaan peribahasa wajar dipelihara dan diajar kepada generasi seterusnya agar ia tidak mati ditelan zaman.

Untuk tujuan tersebut, Dewan Bahaasa dan Pustaka (DBP) sebagai pusatu rujukan persuratan Melayu di negara ini sering berkongsi makna peribahasa di laman sosial miliknya.

Sedikit sebanyak usaha oleh DBP ini berjaya menarik minat ramai pihak, terutama dari kalangan pengguna media sosial aktif untuk kembali belajar penggunaan peribahasa di dalam kehidupan seharian.

Apatah lagi usaha oleh DBP dianggap sebagai kreatif kerana perkongsian turut dilakukan sesuai dengan perkembangan semasa yang berlaku di dalam dan juga di luar negara, agar ia mudah menjadi rujukan ramai.

Tidak ketinggalan dijadikan contoh ialah bola sepak. Untuk menjelaskan maksud peribahasa: ‘Direndam tidak basah’, DBP menggunakan juara Liga Perdana Inggeris seperti Liverpool sebagai contoh.

Kebetulan Liverpool pada ketika itu masih segar dari kejayaan menamatkan penantian kejuaraan liga selama 30 tahun. Contoh tersebut seperti dijanga telah mendapat perhatian dari penyokong Liverpool di Malaysia.

Liverpool bukan satu-satunya pasukan yang dijadikan contoh oleh pihak DBP dalam menjelaskan maksud peribahasa yang dikongsi.

Perkongsian berikutnya pula seolah-olah merujuk kepada pasukan Manchester United.

Pada hujung minggu lalu, skuad kendalian Ole Gunnar Solksjaer dimalukan oleh Tottenham Hotspur dengan kekalahan 6-1 di Old Trafford.

Untuk rekod, ia hanya kali kedua pasukan merah dari Manchester itu dibolosi lebih dari lima gol sejak 1978.

Skuad Manchester United yang dibarisi ramai bintang dunia dan dibeli dengan harga mahal menyarung jersi berwarna merah dalam perlawanan tersebut.

Persoalan yang turut kami mahu ajukan kepada DBP pula ialah, adakah DBP penyokong Liverpool? Kalau ya, kita geng! YNWA!!!

 

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.