NASCAR adalah singkatan kepada National Association for Stock Car Auto Racing. Sudah pastilah ia adalah perlumbaan kereta yang berprofil tinggi di Amerika Syarikat.
Di Amerika Syarikat mereka ada banyak sukan dengan audien yang sangat besar. NASCAR juga memiliki ramai peminat di sana.
Boleh dikatakan ada yang sudah menjadikan sukan NASCAR sebagai salah sebahagian daripada hidup mereka.
Peningkatan jumlah penyokong dan pengikut menjadikan sukan ini semakin esklusif. Namun sayangnya mereka berhadapan juga dengan masalah penurunan dari segi penonton.
Difahamkan, pada 2012, purata kehadiran penonton dalam setiap perlumbaan adalah 130,000. Namun selepas 2012, jumlah kehadiran penonton ke litar perlumbaan berkurangan teruk.
NASCAR dikritik kerana tidak menunjukkan laporan kehadiran penonton selepas berhadapan dengan krisis kehadiran penonton.
Hari ini, difahamkan purata kehadiran penonton adalah sekitar 97,000. Namun ianya mungkin lebih rendah berdasarkan banyak tempat kosong ketika perlumbaan dilangsungkan.
Sejarah
NASCAR telah diasaskan oleh Billy France Sr. pada 21 Februari. Pada asalnya, Ada 3 divisyen perlumbaan untuk NASCAR iaitu Modifieds, Roadsters dan Strictly Stock.
Perlumbaan Strictly Stock pertama dianjurkan pada 19 Jun 1949 di litar Charlotte Speedway yng dimenangi oleh
Jim Roper.
Divisyen Strictly Stock ini telah dikenali sebagai siri Sprint Cup seperti yang kita dengar pada hari ini. Pada hari ini, ada 3 jenis perlumbaan NASCAR:
1. Sprint Cup Series
2. Nationwide Series
3. Camping World Truck Series
Namun Sprint Cup Series adalah perlumbaan utama NASCAR. Biasanya peminat mereka akan menyebut NASCAR untuk Sprint Cup Series. Dan 2 perlumbaan lagi mereka sebut lebih lengkap.
Sprint Cup masih mengekalkan tradisi Strictly Stock. Kereta yang dipakai dalam perlumbaan dalam siri ini adalah daripada pengeluar kereta yang hebat dengan reputasi tinggi seperti Ford Fusion, Dodge Charger, Chevrolet Impala dan Toyota Camry.
Perlumbaan NASCAR sangat ekstrim dan kerap berlaku aksi himpit menghimpit di antara pemandu dan mengakibatkan kemalangan yang teruk.
Spesifikasi Enjin
NASCAR mahukan perlumbaan ini lebih adil dan lebih bergantung kepada kecekapan pemandu berbanding dengan jurang perbezaan enjin yang ketara.
Jadi, pada 2014, NASCAR telah mewujudkan satu garis panduan mandatori kepada setiap pengeluar. Antaranya, NASCAR mewajibkan spesifikasi kepada enjin yang akan digunakan dalam perlumbaan.
NASCAR hanya menerima enjin V8 dengan kapasiti maksimum 5.9-liter ataupun 358 inci kubic.
Limitasi ini telah membuatkan purata enjin kereta yang digunakan sekitar 850 kuasa kuda. Kebanyakan enjin kereta NASCAR memang dihasilkan daripada ‘scratch’ ataupun daripada kosong.
Setiap enjin kereta yang dihasilkan mengambil masa sehingga 100jam dengan kos pembuatan sekitar $45,000 ke $80,000 untuk setiap kereta. Secara umumnya, purata berat kereta NASCAR adalah sekitar 1,500 kilogram.
NASCAR sedang merancang untuk mengurangkan kuasa kuda setiap enjin kepada 100 kuasa kuda sahaja. Ini kerana pihak pengurusan NASCAR mahukan perlumbaan ini tidak terlalu membazir.
Sebelum ini, banyak enjin digunakan hanya untuk satu perlumbaan. NASCAR mahukan enjin-enjin yang diguanakan lebih lama. Pada masa yang sama, NASCAR juga mahukan perlumbaan ini lebih selamat.
Pada hari ini, Sprint Cup Series ada 36 perlumbaan di 22 trek perlumbaan berbeza. Trek paling besar di Talladega Superspeedway manakala yang paling kecil adalah Martinsville Speedway.
Namun begitu, perlumbaan terbesar adalah di Daytona 500 di Litar Antarabangsa Daytona. Ianya akan menjadi penganjur perlumbaan pertama untuk setiap musim.
Masa Depan
NASCAR msih memikirkan cara terbaik untuk mereka menarik semula kehadiran penonton ke litar perlumbaan.
Kerisauan ke atas kehadiran penonton ini juga dihadapi oleh perlumbaan seperti Formula 1. Banyak negara mulai menarik diri daripada menganjurkan Formula 1 kerana semakin merugikan.
NASCAR pastinya enggan perkara itu berlaku kepada sukan yang sudah bertapak di Amerika Syarikat sejak 1949.
Dengan persaingan daripada sukan lain yang terus berkembang pesat seperti NBA, American Football serta perkembangan sukan seperti bola sepak juga membuatkan NASCAR perlu memikirkan strategi untuk memperbaiki masalah ini.
NASCAR adalah sukan yang boleh dianggap sudah menjadi tradisi di Amerika Syarikat. Ianya sukan lumba kereta ciptaan mereka dan kebanggaan mereka.