Harapan Manchester United untuk menandatangani Jadon Sancho kembali bersinar selepas Dortmund mendedahkan perjanjian khas antara mereka dengan bintang England itu.
Perjanjian antara Dortmund dengan Sancho sendiri seolah memberi harapan dan ruang yang lebih selesa untuk Manchester United mendapatkan bekas produk akademi Manchester City itu.
Manchester United menghabiskan masa yang cukup lama ketika jendela perpindahan musim panas yang lalu untuk berunding dengan Dortmund berkait urusan perpindahan Sancho.
Jadon Sancho is still Man Utd's number one transfer target this summer according to the papers.
GOSSIP 🗞⤵
— BBC Sport (@BBCSport) April 29, 2021
Walau sudah melakukan segala usaha dan menanti penuh kesabaran, United akhirnya tetap gagal untuk mendapatkan khidmat pemain sayap Borussia Dortmund itu.
Walau bagaimanapun, hal tersebut sama sekali tidak menghalang United untuk terus meletakkan Sancho sebagai sasaran utama mereka pada jendela perpindahan akan datang ini nanti.
Setan merah dilaporkan sudah beberapa kali menghantar bidaan rasmi dan tidak rasmi untuk mendapatkan Sancho, namun semuanya gagal kerana tiada kesepakatan dari segi nilai yang diminta dan ditawarkan.
Borussia Dortmund meminta £110 juta untuk melepaskan pemain sayap mereka itu, namun bidaan terakhir yang dibuat oleh United tidak sampai jumlah yang mereka inginkan.
Manchester United baru-baru ini masih mencuba untuk mendapatkan Sancho dan dalam masa sama, mereka turut berusaha untuk menandatangani rakan sepasukannya, Erling Haaland.
Sporting direktor Borussia Dortmund, Michael Zorc telah mengesahkan bahawa mereka telah bersetuju untuk melepaskan Sancho pada musim panas ini.
Borussia Dortmund director Zorc to ARD: “We already had a gentlemen's agreement with Jadon Sancho since last year that he can leave the club under certain conditions”. 🟡⚫️
“However, this agreement does *not* exist with Erling Haaland”. 🚫 #BVB
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) May 1, 2021
Ia kerana, pihak kelab sebelum ini sudah membuat perjanjian dengan Sancho dan mereka bersetuju untuk melepaskannya pada musim panas ini.
“Kami sudah ada rundingan bersama Jadon pada tahun lalu yang mana dia boleh pergi dengan beberapa syarat yang ditetapkan.”
Jelas Zorc kepada ARD.
“Dia sudah bersama kami dalam tempoh beberapa tahun. Walau bagaimanapun, perjanjian ini tidak wujud dan tidak ada kaitan dengan Erling Haaland.”
Pemain dan kelab yang berminat untuk membelinya dilaporkan sudah selesai melakukan rundingan pada musim panas lalu, selepas Dortmund membenarkan mereka berunding dengan Sancho.
Ia bermaksud, segala urusan berkait rundingan, tawaran dan sebagainya sudah tidak menjadi masalah untuk dibincangkan semula pada tahun ini mengikut apa yang dibincangkan pada musim lalu, seandainya skuad kendalian Ole Gunnar Solskjaer masih berminat untuk mencuba.
Masalah yang mungkin akan sekali lagi menjadi penghalang untuk kedua-dua belah pihak mendapatkan kata sepakat tentunya berkait harga.
Jadon Sancho's skills has opponents like… 🙃😂#DFBPokal #BVBKSV pic.twitter.com/1TbTeCtWaW
— The DFB-Pokal (@DFBPokal_EN) May 1, 2021
Walaupun Dortmund sudah mengumumkan bahawa mereka akan mengurangkan harga Sancho pada musim ini, namun ia sepertinya tidak akan begitu mudah untuk memuaskan hati United.
Fakta yang Zorc keluarkan berkait Haaland tidak terlibat dengan perjanjian yang mereka lakukan dengan Sancho memberi sedikit kelegaan kepada penyokong Dortmund yang tidak mahu melihat penyerang muda itu pergi.
Penyerang berusia 20 tahun itu menyertai Borussia Dortmund dari Red Bull Salzburg pada Januari 2020 dan selepas beliau berjaya mempamerkan aksi permainan yang cukup menakjubkan, namanya kini menjadi sasaran terhangat kebanyakkan kelab gergasi di benua Eropah.
Klausa perlepasan dalam kontrak Haaland akan diaktifkan pada tahun hadapan, namun Dortmund tetap bertekad untuk tidak melepaskan bintang Norwey itu pada musim panas ini.
Walau mereka berkemungkinan untuk tidak layak ke saingan liga Juara-Juara musim hadapan, Dortmund tetap mahu berusaha sehabis daya mereka untuk memastikan Haaland tidak ke mana-mana.
🗣️ 'Imagine him and Rashford on opposite wings'
🗣️ 'Seriously needed at the Theatre of Dreams'
🗣️ 'Looks like someone shot the fella 😭'
🗣️ 'He's actually outrageous ffs'Jadon Sancho, the man has a family 🥶😍https://t.co/BOhLtfIKe9
— SPORTbible (@sportbible) May 1, 2021
Walau bagaimanapun, ejen kepada Haaland, Mino Raiola sendiri pula sudah mengugut Dortmund untuk menghantar pemainnya itu ke Bayern Munich seandainya Dortmund tidak mahu membenarkan beliau pergi musim panas ini.
Real Madrid sebelum ini sudah menegaskan bahawa mereka tidak mampu untuk mendapatkan Haaland, namun Raiola yakin yang The Los Blancos sebenarnya mampu.