Perdebatan Vidic vs Van Dijk Yang Tiada Berkesudahan Mungkin Kini Ada Jawapannya

Nemanja Vidic vs Virgil van Dijk tiba-tiba menjadi bahan perdebatan komuniti bola sepak global ketika tempoh lockdown.

Kita di Malaysia yang memasuki Fasa ke-5, iaitu PKPB tidak terkecuali, terutama di kalangan penyokong Liverpool dan Manchester United.

Penyokong Man United akan tampil dengan jumlah trofi yang pernah dimenangi oleh Vidic sebagai hujah.

Penyokong Liverpool pun 2×5. Malah lebih hebat. Hujah mereka iala Van Dijk tak pernah kena gelecek musim lalu, dan trofi Premier League tu pending je.

Senang cerita penyokong Liverpool dan Man United kalau bertelingkah, benda tak akan habis.

Baru-baru ini GIVEMESPORT ada buat poll, siapa Centre Back paling power diantara kedua-duanya. Keputusannya, 54% penyokong dari seluruh dunia memilih supaya Vidic berada di dalam pasukan mereka berbanding Van Dick.

Macam kita cakap, mana pandai berhenti bergaduh. Benda begini sampai kiamat pun tak akan habis dibawa bergaduh. Lagi-lagi era media sosial pada hari ini. Kalau dulu main ejek di kedai mamak je ye dak.

Statistik lawan statistik

Jadi untuk menjawab soalan siapakah lebih hebat diantara kedua-duanya, kita guna statistik lah. Statistik ni orang kata tak boleh menipu.

Misalnya statistik mengatakan Liverpool adalah juara 18 kali Liga Inggeris. Tak kiralah Divisyen 1 atau era Premier League, dia tetap 18. Itu namanya statistik.

Siapa saja yang kaki statistik dan suka belek website seperti Squawka, Who Scored atau Premier League sendiri, statistik perbandingan pemain senang je nak cari.

Satgi SatfSas

Zaman sekarang ada Opta. Bukan macam dulu. Jadi pelik jugalah dengan penyokong yang tak pandai habis berdebat. Tapi kalau tak berdebat, bukan penyokong namanya.

Musim 2018/19 adalah musim terbaik Van Dijk buat masa ini, Musim ini pending, tak boleh kira. Musim lepas Van Dijk tak kena gelecek di Premier League. Power tu.

Vidic pula musim paling power dia di England adalah pada musim 2008/09. So statistik Van Dijk paling power lawan statistik Vidic yang paling power.

Dan hasilnya seperti yang kita lihat di bawah:

Daripada statistik di atas, sangat jelas kelebihan milik Vidic dari Man United.

Adakah ini maknanya Van Dijk dah kalah?

Baiklah. Ini pendapat kami. Van Dijk tak patut pun dibandingkan dengan Vidic. Apatah lagi didebatkan. Tak kisahlah pada kemuncak prestasi masing-masing atau pun korang nak kira karier keseluruhan kemudian hari.

Statistik di atas jelas Van Dijk kalah berbanding Vidic. Kalau nak lawan dari segi trofi pun, ambil masa juga ni.

Ada juga berhujah Vidic ni tidak konsisten berbanding Van Dijk. Vidic ni mudah sangat hilang kepala (seperti lawan Torres). Tak kisahlah cakap apa pun. Sekarang ni banyak sangat indikator yang berobjektif memihak kepada Vidic.

Tapi itulah. Cakap macam mana pun, korang tetap juga nak berdebat kan. Berdebatlah.

Satgi ada tuduh min penyokong Menyu pulak. Min penyokong garis keras Harimau Malaya ok!

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.