Perdana Menteri Sepanyol Mahu La Liga Disambung Segera

Perdana Menteri Sepanyol Pedro Sanchez mahukan saingan La Liga untuk dimulakan kembali di dalam stadium tertutup dengan segera selepas kerajaan memberi kebenaran untuk pasukan menjalani latihan pada Isnin.

Kerajaan Sepanyol pada Isnin lalu berkata negara tersebut kini berada di ‘FASA 0’, di mana ia dianggap sebagai fasa siap siaga – diumumkan pada Selasa.

Latihan pula dibenarkan pada ‘FASA 1’, yang akan bermula pada 11 Mei, dan setiap pasukan masih perlu mengikuti garis panduan yang ditetapkan untuk mengelak gelombang kedua jangkitan.

Walaupun belum ada tarikh saingan akan dimulakan kembali, La Liga mensasarkan ia akan dimulakan pada pertengahan Jun.

Mengenai situasi terkini, Perdana Menteri Pedro Sanchez berkata: “Kami berharap pihak liga dan konfederasi boleh mencapai kata sepakat segera.

“Kita sudah benarkan latihan secara individu untuk sukan berpasukan. Kita harapkan [saingan bersambung] akan disegerakan, tetapi kita terlebih dahulu hanya menyaksikan perlawanan di television dan bukan di stadium.”

Sepanyol adalah antara negara yang paling terkesan akibat penularan wabak global sehingga mengorbankan 25,100 rakyatnya.

Jumlah tersebut termasuk 276 lagi kematian yang direkodkan pada 24 jam lepas.

Namun demikian kadar kematian tersebut jauh lebih rendah berbanding sehingga 900 kematian sehari pada bulan lalu.

Sepanyol secara keseluruhan merekodkan 216,582 jangkitan, termasuk 1,147 kes semalam.

 

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.