Pemain tengah Arsenal, Matteo Guendouzi telah dipanggil untuk mewakili skuad senior Perancis buat pertama kalinya.
Pemain tengah Arsenal, Matteo Guendouzi sebelum ini sudah menyarung jersi Perancis dalam kesemua peringkat belia bermula peringkat B-18.
Ini merupakan tugasan pertama Guendouzi untuk skuad utama Perancis. Beliau pastinya berharap dapat melakukan debut kompetitif dalam pusingan kelayakan Euro 2020 menentang Andorra dan Albania.
Blessé à la cheville, @paulpogba est remplacé par @MatteoGuendouzi pour les matchs contre l’Albanie et Andorre les 7 et 10 septembre au Stade de France 🇫🇷
Bon rétablissement Paul 💪 #FiersdetreBleus pic.twitter.com/E14eTI3CEl
— Equipe de France ⭐⭐ (@equipedefrance) September 2, 2019
Guendouzi dipanggil untuk menggantikan Paul Pogba yang cedera. Sebelum ini pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer mengesahkan Pogba bermain dalam keadaan kesakitan ketika aksi menentang Southampton.
Berita panggilan untuk Guendouzi itu diumumkan oleh FFF menerusi media sosial mereka.
.@MatteoGuendouzi a été convoqué en Equipe de France suite au forfait de Paul Pogba ➡️ Première réaction du jeune milieu de terrain d'Arsenal #FiersdetreBleus pic.twitter.com/br2zYoNeTZ
— Equipe de France ⭐⭐ (@equipedefrance) September 2, 2019
Guendouzi ternyata gembira dan teruja. Beliau baru tamat tugasan dengan Arsenal dalam derbi London Utara. Di mana Guendouzi bermain sangat baik dalam perlawanan itu.
Guendouzi dikenali dengan kerajinan beliau di atas padang. Namun beliau pasti sedar, ini adalah peluang terbaik untuk beliau membuktikan sesuatu. Hal ini kerana Perancis memiliki ramai pemain berkualiti di posisi beliau.
Guendouzi menyertai Arsenal musim lalu dengan nilai perpindahan £7 juta.