Pepe Berjaya Menjadi Pemain Pertama Melepasi Van Dijk Selepas 50 Perlawanan

Arsenal tewas 3-1 di Anfield di tangan Liverpool. Namun begitu, bintang paling mahal dalam sejarah kelab mereka, Nicolas Pepe memastikan dirinya berjaya memecahkan rekod unik Virgil Van Dijk.

Van Dijk akhirnya berjaya digelecek oleh pemain lawan setelah 50 perlawanan beliau beraksi dalam Liga Perdana Inggeris.

Kali terakhir Van Dijk digelecek sebelum ini adalah pada 2018, oleh pemain Newcastle, Mikel Merino.

Inilah detik di mana, Van Dijk akhirnya berjaya digelecek oleh pemain lawan.

Nicolas Pepe menunjukkan aksi yang agak baik dalam perlawanan menentang Liverpool. Beliau memiliki beberapa peluang gol, namun malang sekali percubaan beliau tersasar.

Sebelum ini pertahanan termahal dunia, Harry Maguire berjaya dilepasi oleh Raul Jimenez hanya dalam aksi kedua beliau bersama Manchester United.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.