Pep Suruh Wartawan Pergi Tanya Sendiri Bos Pengadil Berkenaan Kontroversi VAR

Pep Guardiola menyuruh wartawan pergi tanya sendiri dekat ketua pengadil, Mike Riley berkaitan dengan keputusan VAR yang menurut beliau meragukan.

Ini selepas Guardiola mengamuk apabila 2 penalti yang mereka minta tidak dilayan oleh pengadil.

Kedua-duanya melibatkan handball pada Trent Alexander-Arnold.

Handball yang pertama berlaku, 22 saat sebelum Fabinho melakukan sepakan jarak jauh yang menerjah gawang gol.

Liverpool menang 3-1 dalam aksi di Anfield. 3 gol Liverpool adalah menerusi Fabinho, Mohamed Salah dan juga Sadio Mane.

Manakala gol saguhati Manchester City dijaringkan oleh Bernardo Silva.

Guardiola selepas tamat perlawanan memperli pengadil dengan mengucapkan terima kasih kepada semua.

Namun Guardiola memberitahu, beliau tidak memperli pengadil ketika mengucapkan terima kasih. Sebaliknya Guardiola menyatakan beliau benar-benar memaksudkannya.

Gurdiola berkata dalan sidang media: “Kamu semua tanyalah Mike Riley, dia kan big boss semua perkara itu. Jangan tanya saya. Sebaliknya tanyalah Mike Riley dan orang-orang dia.”

“Saya duduk di sini hanya untuk bercakap pasal perlawanan tadi. Setiap kali saya ditanya, kenapa itu kadang-kadang handball dan kadang-kadang tak. Janganlah tanya saya. Tanya mereka.”

“Apa yang saya tahu, kami hari ini bermain seperti seorang juara untuk duan musim. Saya sangat berbangga dengan itu.”

Guardiola kemudian memberikan pujian kepada anak buahnya yang berjuang berhabis-habisan ketika bermain di stadium yang paling sukar.

“Tiada apa yang perlu saya kesalkan. Para pemain akan tahu kalau saya tak gembira. Saya akan terus beritahu mereka di bilik persalinan, sama ada ketika rehat separuh masa pertama atauapun selepas tamat perlawanan.”

Guardiola meminta para pemainnya tidak sesekali memberikan apa apa komen tentang isu VAR.

Guardiola risau kerana ramai pemainnya aktif menggunakan twitter untuk menyuarakan pandangan mereka.

“Namun saya meminta agar para pemain jauhkan diri daripada media sosial untuk berkomentar tentang perkara ini.”

Pep Guardiola menyatakan Manchester City masih berjuang untuk menjuarai liga walaupun jarak mata kian jauh.

Manchester City kini 9 mata di belakang Liverpool. Man City berada di tangga ke-4 di belakang Leicester dan Chelsea.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.