Pep Guardiola Pertahanan Tindakan Aguero Menyentuh Pembantu Pengadil

Pep Guardiola telah mempertahankan tindakan Sergio Aguero dalam perlawanan ketika Manchester City menewaskan Arsenal 1-0 kemarin.

Pemain penyerang itu telah dikritik, dikecam, dicaci dan dimaki oleh ramai pihak kerana menyentuh bahu pembantu pengadil, Sian Massey-Ellis.

Kejadian kontroversi itu terjadi pada babak pertama perlawanan dengan Massey-Ellis memberi lontaran ke dalam kepada Arsenal betul-betul di hadapan Aguero.

Aguero yang ketika itu berada berhampiran dengan Massey-Ellis berasa tidak senang dengan keputusan yang dibuat oleh pembantu pengadil cantik jelita itu.

Penyerang kebangsaan Argentina itu cuba membantah keputusan pembantu pengadil tersebut dan telah meletakkan tangannya di atas bahunya.

Massey-Ellis ketika itu seperti tidak selesa dengan tindakan Aguero dan tidak melayan bantahannya lalu menolak Aguero yang ketika itu sedang memegangnya.

Ramai yang mengkritik tindakan Aguero itu dengan menganggap beliau menunjukkan sesuatu yang tidak sepatutnya dilakukan dan tindakannya jelas membuat Massey-Ellis tidak selesa.

Bahkan ada antara mereka yang menganggap Aguero seharusnya dilayangkan kad merah atas sikap tidak profesional yang beliau tunjukkan.

Namun sebaliknya yang terjadi ketika itu dengan Aguero tidak dilayangkan apa-apa kad amaran bahkan beliau sama sekali tidak diberi teguran oleh pengadil perlawanan atas insiden tersebut.

Sementara di media sosial penuh dengan caci maki kepada bekas bintang Atletico Madrid itu, Guardiola bangun dan bersuara selepas tamat perlawanan dengan menyatakan:

“Ayuh lah semua. Sergio adalah manusia paling baik yang pernah saya jumpa dalam hidup saya. Lihatlah pada masalah lain yang ada bukan yang itu.”

Tahun lalu, Bernardo Silva ditimpa masalah selepas membuat status gurauan di twitter tentang rakan sepasukannya, Benjamin Mendy, dan gurauan tersebut berbaur untuk perkauman.

Ketika itu Guardiola mempertahankannya dengan cara yang hampir sama menggunakan ayat manusia terbaik pernah ditemui dan ketika itu beliau menyatakan:

“Kami bercakap banyak kali tentang apa yang terjadi di stadium, berkaitan Bernardo, saya sangat jelas. Sekiranya orang percaya Bernardo adalah jenis manusia seperti itu, jelaslah mereka salah. Mereka silap menilai orang dengan satu kesalahan, saya sudah tiga tahun bersamanya.”

“Bernardo, atau sesiapa saja dalam skuad saya, mereka melakukan hal seperti itu untuk bergurau. Benjamin itu seperti abang kepada Bernardo, itulah apa yang saya nampak setiap hari saya di sini.”

“Tetapi jika seseorang merasa teruk tentang gurauan itu, ianya mungkin saja, tapi saya yakin orang yang menilai dia pasti tidak kenal dia. Dia seorang yang sangat terbuka. Dia suka untuk terlibat dalam pelbagai situasi. Ianya kelihatan sama, ianya terjadi beribu kali, berjuta kali dengan orang berkulit putih.”

Pada petang itu, bekas pertahanan Manchester City, Micah Richards bertugas dalam Sky Sports, dan menyatakan bahawa Aguero seharusnya lebih tahu mana yang lebih baik dan apa yang beliau lakukan itu tidak nampak begitu baik.

Badan pertubuhan pengadil, PGMOL sepertinya tidak mengambil tindakan lanjut tentang insiden itu pada ketika ini kerana menyentuh pengadil bukanlah satu hal yang bertentangan dengan undang-undang mereka.

Melainkan Aguero menyentuh pembantu pengadil tersebut dengan cara yang lebih keras dan kasar, ianya pasti akan ada layangan kad kuning atau kad merah untuknya.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.