Pep Guardiola menitiskan air mata ketika beri ucapan berkait legenda Manchester City, Sergio Aguero yang akan meninggalkan kelab pada musim panas nanti.
Aguero yang ketika ini berusia 32 tahun akan meninggalkan Etihad pada musim panas nanti selepas melalui 10 tahun karier yang sungguh menakjubkan bersama Man City.
Penyerang kebangsaan Argentina itu akan meninggalkan City sebagai penjaring terbanyak sepanjang zaman kelab dan turut memenangi pelbagai kejuaraan bersama The Citizens.
Pep Guardiola crying when talking about Sergio Aguero leaving Man City… 💔
📹 @footballdaily #MCFC pic.twitter.com/sI8jKcRaev
— The Sack Race (@thesackrace) May 23, 2021
Beliau sepanjang 10 tahun kariernya telah berjaya membantu City menjulang lima kejuaraan premier league, enam League Cup dan satu FA Cup.
Aguero yang dilaporkan bakal menyertai Barcelona pada musim panas nanti telah dimasukkan pada aksi babak kedua permainan ketika bertemu Everton.
Aguero menutup kariernya bersama City dalam saingan liga dengan menjaringkan dua gol dalam membantu City membelasah Everton 5-0.
Penutup yang sempurna untuk Aguero dan City sendiri dengan membelasah lawan mereka di hari terakhir musim ini sebelum menyiapkan diri untuk aksi perlawanan akhir liga Juara-juara bertemu Chelsea.
MANCHESTER CITY LIFT THE PREMIER LEAGUE TITLE FOR THE 5TH TIME 🏆 🔵 pic.twitter.com/OMDmXDTdGf
— Football Daily (@footballdaily) May 23, 2021
Bercakap selepas tamat perlawanan, Guardiola telah memuji pemain kebangsaan Argentina itu dengan menganggapnya “pemain istimewa” dan menegaskan bahawa City tak akan boleh temui penggantinya.
“Dia merupakan individu yang sangat penting untuk kami semua.”
Jelas pengurus City itu kepada Sky Sports.
“Dia sangat baik. Dia banyak bantu saya, dia sangat baik. Kami tak boleh gantikan dia, kami tak mampu.”
“Memang masih ramai legenda kelab ini seperti Joe Hart dan David Silva yang banyak membantu kami untuk menjadi seperti sekarang.”
“Kami kagum dengan legasi dia dan dia menunjukkan kualiti dia dalam tempoh 20 minit sahaja.”
🗣 "He's a special person for us." 💙
Pep Guardiola gets emotional talking about Sergio Aguero leaving Manchester City pic.twitter.com/LoKM9wMJAR
— Football Daily (@footballdaily) May 23, 2021
Manchester City give Sergio Aguero the send off that he deserves 👏 pic.twitter.com/dTU5sSwD9y
— Football Daily (@footballdaily) May 23, 2021
"Agueroooooooo"
Martin Tyler gifts Sergio Aguero with his famous bit of commentary one final time pic.twitter.com/FCI21FUCq2
— Football Daily (@footballdaily) May 23, 2021
Sergio Aguero collecting his 5th Premier League medal 🏅 pic.twitter.com/qj9jm7wVN3
— Football Daily (@footballdaily) May 23, 2021
City berjaya merampas semula mahkota kejuaraan liga yang sebelum ini dimiliki oleh sang penakluk dunia, Liverpool.
Aguero berkesempatan untuk mengakhiri kariernya bersama City dengan lebih gemilang seandainya beliau berjaya membantu The Citizens untuk menjuarai saingan Liga Juara-Juara musim ini.
Juara premier league musim ini, Man City akan berdepan dengan Chelsea dalam aksi perlawanan akhir liga Juara-juara pada 29 Mei nanti di Portugal.
Pep Guardiola crying as he talks about Sergio Aguero leaving the club at the end of the season.
Is someone cutting onions in here? pic.twitter.com/BCrLIGgEQF
— 101 Great Goals (@101greatgoals) May 23, 2021
Kyle Walker sendiri mengakui bahawa beliau bersama rakan sepasukannya akan berusaha untuk memastikan Aguero bakal meninggalkan City dengan membawa pulang pingat kejuaraan Champions League.
“Kun adalah legenda.”
Jelas pemain pertahanan kanan yang kini berusia 30 tahun itu.
“Tidak ada cara untuk mengungkapkan tentang dia, atas apa dia sudah buat untuk kelab dan premier league sendiri. Tak ramai pemain yang mampu capai tahap seperti dia.”
VIDEO – Pep Guardiola gets extremely emotional as Sergio Aguero delivers goals in final #PL match for #MCFC: "He’s a special person for all of us. We can’t replace him," Aguero thanks teammates "for everything" https://t.co/dWp0Ctl6RA
— NBC Sports Soccer (@NBCSportsSoccer) May 23, 2021
“Semoga kami boleh bantu dia untuk pergi dengan membawa kejuaraan liga Juara-Juara bersamanya, sesuatu yang saya yakin dia sangat impikan sepanjang hayatnya.”